“Gara-gara persembahan di AJL, saya jadi takut nak buat persembahan live..” – Wany Hasrita

Wany Hasrita berkata dia ambil masa selama beberapa bulan untuk dapatkan semula keyakinan untuk membuat persembahan secara langsung di televisyen.

Kata penyanyi berumur 27 tahun ini, dia hilang keyakinan dan berasa takut disebabkan persembahan dan nyanyiannya pernah dikecam teruk ketika Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) tahun lalu.

Ini pendedahannya:

“Saya mengambil masa lama hampir enam bulan untuk dapatkan semula keyakinan membuat persembahan secara langsung di televisyen.

“Sebelum ini saya pernah dikecam ketika persembahan di AJL32 menyebabkan saya jadi takut dah nak buat persembahan secara langsung.

“Tapi Alhamdulillah, saya dapat buang perasaan itu ketika berduet dengan Tajul di program Big Stage pada bulan Ogos tahun lalu”

Mula popular dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita kemudian menjadi bualan ramai apabila dinobatkan artis paling popular menerusi Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Dalam perkembangan seninya, Wany Hasrita teruja bakal berkongsi pentas bersama penyanyi Sufian Suhaimi dan Khai Bahar menerusi konsert mereka yang akan diadakan di empat lokasi.

Sebenarnyanya, memang sudah lama Wany Hasrita mengimpikan untuk mengadakan konsert seperti itu.

Ini komennya:

“Apabila pihak penganjur tawarkan untuk menjayakan konsert bersama Sufian dan Khai Bahar, saya terus terima.

“Dapat satu pentas dengan dua nama besar ni buat saya teruja. Saya memang sudah lama simpan impian untuk adakan konsert.

“Lagi-lagi konsert ni bersama kawan-kawan saya yang rapat. Ia sesuatu yang sangat berharga dan saya tidak sabar untuk konsert ni”

Konsert tersebut akan diadakan di beberapa lokasi iaitu di
~Johor Bahru (13 Julai)
~Kuantan (17 Ogos)
~Alor Setar (5 Oktober)
~Shah Alam (2 November)

Tiket untuk konsert mereka boleh dibeli di Shopee.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here