Goreng nugget pun nak amik gambar, siap bini tanya kat ruang komen – netizen

Ini kisah yang sedang tular di alam maya ketika ini. Berkisarkan tentang kisah Hairul Azreen yang sanggup masak sendirian kerana tidak mahu menganggu isteri yang sedang tidur.

Satu video yang dikongsikan Hairul Azreen di Instagram menunjukkan dia sedang goreng nugget sendirian di dapur dan dia mengatakan kerana tak nak menganggu isteri yang sudah tidur.

Yang menambah rencahnya, di ruangan komen pula, isterinya, Hanis sempat meninggalkan komen bertanyakan mengapa Hairul Azreen tidak kejutkannya dari tidur untuk memasak dan jawapan Hairul yang sweet itu sekaligus buat ramai gadis terpegun.

Kemudian ramailah peminat mengimpikan mempunyai suami yang penyayang dan sweet seperti Hairul yang sangat berdikari.

Ini videonya:

WARGA TWITTER KECAM TERUK

Namun begitu lain pula ceritanya di laman Twitter apabila ramai mempersoalkan video terbabit.

Selain itu ada juga yang turut mempersoalkan siapa yang mengambil video berkenaan jika Hanis sedang tidur.

Malah ada juga yang melahirkan rasa hairan kenapa pasangan ini berkomunikasi di laman sosial berbanding bersemuka sedangkan mereka tinggal sebumbung.

Biasalah apabila selebriti memuat naik sesuatu ke laman sosial, pasti timbul pelbagai reaksi. Ada yang berfikiran positif dan ada juga yang sebaliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here