Hubungan dengan Mira Filzah tak terjejas – Respon Zizan

Kini nama Mira Filzah ada dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak setelah ‘chemistry’ atara mereka berdua amat baik ketika bergandingan di dua drama bersiri yang berjaya.

Mira Filzah dan Remy Ishak berganding menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan juga Pujaan Hati Kanda. Mereka juga terlibat dalam filem Ini Kalilah.

Sementara itu, apabila ada cuba mengaitkan antara Mira Filzah dan juga Remy, ramai nak tahu adakah ianya menjejaskan hubungan Mira dengan Zizan Razak.

Pelawak ini telah tampil memberi respon. Selebriti popular dari Dungun, Terengganu itu berkata, dia dan Mira mempunyai hubungan yang baik. Zizan sehingga kini masih bersahabat dengan Mira, selain sekali lagi menegaskan, hubungan mereka buat masa kini, tidak membabitkan soal hati dan perasaan.

Ini komennya:

“Saya tidak lihat keakraban Mira Filzah dan Remy Ishak menjejaskan hubungan baik kami kerana kami hanya rapat sebagai rakan industri”

“Persahabatan kami tidak terjejas kerana saya dan Mira hanya rapat sebagai kawan. Hanya itu dapat saya katakan. Jika ditanya mengenai keakrabannya dengan Remy, rasanya lebih baik perkara itu diajukan kepada empunya badan.

“Saya dan Mira baik seperti rakan selebriti lain kerana kami bekerja dalam industri yang sama”

Zizan sebelum ini, sering dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Mira, namun dinafikan kedua-dua mereka.

Berbicara tentang jodoh, Zizan tak mampu memberikan jawapan jika ditanya mengenai soal jodoh, sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada Yang Maha Esa.

“Saya tahu soalan itu pasti ditanya dan jawapan saya tetap sama, tiada perkembangan terbaru yang boleh dikongsi. Saya tiada jawapan jika ditanya mengenai jodoh.

“Sementara masih sendiri, saya berikan dulu sepenuh tumpuan kepada kerjaya yang menjadi punca utama rezeki. Semangat saya semakin membara untuk memberikan yang lebih baik selepas menerima pengiktirafan dan penghargaan.

“Dalam mengejar kejayaan, ada ketika kita lupa soal kesihatan dan hubungan dengan keluarga. Bukan mahu tunjuk baik, tetapi seboleh-bolehnya saya tidak mahu leka apabila dikurniakan Allah rezeki yang luas,”

Itulah kata- kata Zizan tentang hubungan dengan Mira Filzah.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here