Dikritik makin seronok upload foto free hair, tergedik-gedik… ini respon balas Emma Maembong

Sejak membuat pengumuman bahawa dirinya tidak lagi memakai tudung dan menutup aurat pada hari Rabu yang lalu, pelakon Emma Maembong dilihat tak menunggu lama untuk mula memuat naik gambar terkininya di Iaman sosial Instagram.

Dengan follower sebanyak 3.4 juta orang, Emma Maembong terus sahaja muat naik gambar dirinya tak pakai tudung dan juga tampil di IG stories.

Memang ramai followernya dan peminatnya yang kecewa dan meluahkan rasa sedih terhadap tindakan pelakon berkenaan yang seolah-olah tiada rasa bersalah dan gembira dengan perubahan berkenaan.

Ini antara komen dari netizen:

“Macam suka sahaja dah lepas tudung, foto pun gedik-gedik,”

Melihat komen berkenaan, Emma Maembong secara selamba telah membalas komen yang ditinggalkan itu dan memberitahu ini kepada netizen berkenaan: “Takkan nak post gambar tengah menangis“.

Sementara itu, walaupun Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, menerima pelbagai kecaman hebat namun masih ramai memberikan kata-kata semangat kepadanya selain berharap dia akan kembali menutup aurat.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda.

Ini antara komen netizen lain:

“I think better you berhijab dari freehair, cause nampak cantik bila bertudung. But just pilih mana yang terbaik untuk diri sendiri. orang kata “Perbetulkan diri dulu baru boleh tegur betul kan org lain”. so Emma, keep strong. Abaikan kecaman , dan buat yang terbaik je dulu. okay?”

Di IG berkenaan, Emma Maembong turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.

Sebelum ini, Emma Maembong memberitahu bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Emma juga akui bahawa keputusan ‘kebelakang’ itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh malah dia juga bersedia menerima sebarang kecaman akibat tindakan berkenaan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here