“Dah serik tolong Fathia..”

Produser drama popular tanah air, Haji Fadzil Teh sebelum ini telah sanggup memberikan peluang kedua kepada Fathia Latiff walaupun pelakon jelita itu sering dihimpit pelbagai kontroversi ketika itu dan langsung tak ada tawaran berlakon.

Kemudian, haji Zil telah memberi tawaran berlakon kepada Fathia Latiff menerusi drama terbarunya berjudul Kipas Belum Mai lakonan Fathia Latiff bersama Nad Zainal, dan Siti Elizad.

Nampaknya kini Haji Zil sudah serik dengan perangai Fathia Latiff.

Kontroversi terbaru yang dicetuskan Fathia Latiff baru-baru ini ternyaat membuatkan produser ini amat sedih.

Ini apabila Fathia Latiff tampil tidak bertudung dan berambut pendek ketika menonton satu persembahan dan sekaligus menjadi viral.

Kes ini membuatkan produser itu kecewa untuk membantunya memperbaiki diri agar dapat meneruskan karier lakonan dan dalam bidang seni.

Namun begitu, Haji Zil amat risau tentang keadaan ini dan berharap keluarga Fathia tampil memberi bantuan kepda pelakon itu.

Ini komen dari Haji Zil:

“Saya sedih dengan apa yang berlaku. Berkali-kali saya cuba untuk tidak percaya dan berharap wanita yang dilihat dalam rakaman video itu bukan Fathia. Namun, selepas melihat semula rakaman di IG Story milik Fathia, jelas memang itulah dia”

“Teman-teman juga beritahu wanita dalam video itu Fathia. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Saya sudah serik hendak bantu orang macam dia. Saya yakin manusia buat silap dan berhak diberi peluang untuk melupakan kisah silam”

“Namun, dengan apa yang terjadi, Fathia nampaknya terus mengundang kecaman ramai. Nampaknya, dia tak sayang dan kasihankan dirinya sendiri. Saya fikir Fathia perlu dibantu untuk memulihkan dirinya. Keluarga Fathia perlu berbuat sesuatu,”

Rata-rata peminat juga turut mempersoalkan usaha Fathia untuk berubah yang hingga kini hanya angan kosong.

Untuk yang tidak tahun Haji Zil merupakan pemilik Zeel Production dan banyak menerbitkan drama popular seperti Eksperimen Cinta, Kak Marr, Yes Boss, Jejak Karmila dan yang terbaru Lelaki Kiriman Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here