“Anak yatim sampai Pukul 4, VIP sampai 6.30, siapa rai siapa?” – komen padu Sufian Suhaimi

Bila saja bulan puasa menjelma, antara golongan yang akan diberi keutamaan untuk diraikan adalah sudah tentunya anak-anak yatim. Tanpa ibu bapa di dunia, anak yatim akan diberi layanan istimewa sempena bulan yang mulia ini.

Ketika inilah ramai pihak terutama individu orang kenamaan (VIP) berebut-rebut untuk meraikan anak-anak yatim menerusi majlis berbuka puasa.

Namun, ada perkara yang menjadi perbincangan setiap kali majlis ini diadakan adalah layanan terhadap mereka iaitu adakah mereka benar-benar diraikan?

Perkara ini juga telah menarik perhatian orang ramai setelah penyanyi sensasi Sufian Suhami meluahkan rasanya menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya.

Tulis Sufian Suhaimi, jika anak yatim tiba di majlis lebih awal daripada golongam VIP, siapa sebenarnya yang diraikan?

Ini luahan Pian:

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim. Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka. Siapa raikan siapa?”

Memang padu betul kata-kata dari penyanyi ini.

Rata-rata orang ramai dilihat bersetuju dengan pendapat dari Sufian Suhaimi. Kebanyakkan diantara mereka merasakan jurang layanan antara VIP dan anak yatim pada setiap majlis rasmi harus dikurangkan.

Ini antara reaksi dan komen warganet di Twitter:

“Belum sampai bab makanan vvip terhidang atas meja, yg anak yatim beratur panjangggg nak ambik makann ~(@Soyaloverissa)

“Yaaaa perkara ini masih berlaku smpai sekarang, hurm tiba2 teringat majlis buka puasa kat sek , makanan x cukup utk pelajar , VIP punya ramai jemput beria lagi , alih2 boleh bilang dgn jari je berapa ramai yg dtg, last2 cikgu suruh pelajar yg takde makanan mkn kt tmpat VIP ~(@atiqahromzi20)

“Ok my abang buat majlis anak yatim every year, 1 majlis 3 bas anak yatim. Kami standby 20 org utk serve every meja. Mknn dh terhidang khas utk mereka. Yg still ada mak bapak sila ambik sendiri ~(@NNynalaraa)

“patut anak yatim tu yang dapat seat best2 ini tak yang vip pulak duduk kt table tunggu orang hidangkn (@shapitrazak)

Sumber: twitter Sufian Suhaimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here