Along Cham bertekak dengan Mawi

Pelakon dan pelawak Along dari kumpulan Cham akui telah bertekak dengan Mawi.

Along telah mendedahkan hal berkenaan berkaitan dengan filem berjudul Tiada Tajuk arahan Mawi yang kini sedang ditayangkan.

Ini bermula apabila ada watak lelaki lembut yang mana ada awalnya Along telah menolak watak lembut yang ditawarkan oleh Mawi.

Along berkata dia rasa tidak yakin kerana belum pernah membawa watak seperti sedemikian.

“Pada mulanya, saya bertekak juga dengan Mawi sebab saya tak pernah nak bawa watak lelaki lembut.

“Sebab kalau ikutkan drama telefilem Rock Sangkut, watak Kuswadi ini biasa sahaja seorang lelaki rock tapi bila tukar filem jadi lembut pula.

“Tapi saya terima watak itu sebab Mawi beritahu kalau bawa watak ni niat kita untuk beri manfaat dan Insya-Allah penerimaan orang akan berbeza” 

Filem Tiada Tajuk dilakonkan oleh Mawi, Along, Joey dan Hazama sebagai teraju utama.

Dari filem arahan Mawi itu, Along membawa watak sebagai Kuswadi yang merupakan seorang lelaki lembut tetapi amat meminati muzik rock.

Dalam pada itu, katanya, dia bimbang sekiranya watak tersebut menerima kecaman dan kritikan.

Namun, Along bersyukur sepanjang penggambaran Mawi sentiasa membantunya mengawal dari segi sensitiviti masyarakat.

“Saya sebenarnya bimbang kalau orang hentam saya sebabkan bawa watak itu. Sebab dalam kita jadi pelakon, orang tak kecam pembikin.

“Tapi orang hentam siapa yang melakonkan watak tersebut. Sedangkan kita sebagai pelakon ikut hala tuju daripada pengarah sahaja.

“Tapi alhamdulillah, Mawi banyak membantu saya setiap hala tuju watak itu supaya masih menjaga sensiviti”

Itulah komen dari Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad.

Kepada yang nak rasa nak layan cerita ni, bolehlah tonton filem Tiada Tajuk di pawagam sekarang.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here