“Alasan bodoh, jangan sampai I saman You!” – Serina Redzuawan

Ini satu kes yang berlaku kepada pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan. Anak kepada Chef Wan ini telah meluahkan rasa sedih dan terlikan terhadap pihak peniaga yang sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya dalam mempromosikan produk jualan, termasuk makanan.

Kata Serina menerusi Instagram awal semalam, hal tersebut sudah lama berlaku, namun ia masih lagi berterusan meski pihaknya sudah menegur pihak yang terlibat.

Baca komen dari Serina Redzuawan tentang isu ini:

“Ini kerja manusia Tak bertanggungjawab.. amik kesempatan eksploitasi I sebagai Artis, sesuka hati buat bunting pakai Gambar Serina dan Nama semata Mata nak lariskan Karipap dia. Bertahun dia dah guna Gambar ni, dulu niaga di pasar malam Damansara pun I dah arahkan org tegur dia masih lagi pakai.

“Allah nak tunjuk today I Jalan di Bazar ramadhan melawati terserempak depan mata terus. I tegur cara baik. Dia kata dia Tak tau Tak boleh guna, alasan bodoh! Dah pernah tegur dulu.

“Paling Biadab makcik ni Boleh menjawab kata ” TAK BOLEH KAYA PUN SAYA GUNA GAMBAR U!” Of coz Tak boleh Kaya guna cara Haram dan Tak minta izin I.. rezeki Tak berkat! Jangan sampai I saman u. Last warning.

“Pls jangan percaya I Tak pernah Ada produk Karipap besar jual di Bazar Mana Mana. Org sampai keliru text me kata I Ada beli dah Karipap besar produk u . Inilah akibat sesuka hati Pakai nama dan Gambar Selebriti. #bukanproduksaya #jangantertipu #peniagatakjujur #viral

Itulah penjelasan dari Serina tentang isu penggunaan wajahnya secara tanpa izin.

Kepada orang di luar sana jangan lah sesuka hati guna wajah orang lain tanpa izin ye, tak berkat nanti.

Foto: Instagram Serina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here