Akhirnya Anna Jobling Tampil Jawab Dakwaan Dia Dalang Sebar Video Dewi Remaja

Susulan kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di sebuah kelab dan mengambil minuman tak sepatutnyatak lama dulu, salah seorang finalis Dewi Remaja iaitu Anna Jobling terpalit sama.

Ini apabila Anna Jobling telah dituduh menjadi dalang yang menyebarkan video tersebut sehinggakan ada netizen yang menulis komen negatif kepada di laman IG.

Ada sesetengah netizen terutama peminat Dewi Remaja lain yang menuduh Anna mengkhianati kawannya sendiri dan tikam belakang.

Malah salah seorang Dewi Remaja iaitu Ernisha ada mengatakan ada pengkhianat di kalagan Dewi Remaja terus memanaskan isu itu.

Hampir sebulan mendiamkan diri dan tak mahu isu negatif ini mempengaruhi dirinya, akhirnya Anna Jobling mula berbicara mengenai isu berkenaan.

Kini Anna dilihat mahu membersihkan namanya,dan dengan tegas telah menafikan dakwaan dia dalang penyebaran video parti itu.

Itu merupakan fitnah kepada Anna Jobling.

Ini komen dari Anna Jobling:

“Ingin dijelaskan, bukan saya yang sebarkan video itu. Saya nak bersihkan tuduhan ini. Setakat main tuduh saja, semua orang boleh cakap.

“Ia adalah fitnah kepada saya. Tetapi tak mengapa, saya maafkan mereka. Saya hanya mahu ‘move’ dan lupakan semua. Paling penting teruskan bersikap positif dengan orang sekeliling,”

Dalam pada itu, Anna Jobling turut berasa sedih di atas apa yang telah berlaku kerana apabial isu ini berlaku, ia menyebabkan masyarakat mula memandang serong dengan gelaran Dewi Remaja yang dimiliki kerana sepatutnya sebagai Dewi mereka perlu menjadi contoh buat remaja lain diluar sana.

Itulah penjelasan Anna Jobling tentang hal ini.

Ini videonya:

Ini respon Anna Jobling

Komen Anna Jobling isu jadi dalang sebar video Dewi Remaja

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 1 February 2019

Berkaitan perkembangan Anna Jobling dalam industri seni pula, pemenang top 5 Dewi Remaja ini telahpun dapat offer berlakon akan tetapi dia mahu belajar berlakon terlebih dahulu sebelum menerima tawaran berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here