Untunglah.. Dapat Mas Kahwin RM2.75 juta

Bukan lagi perkara baru atau pun pelik. Fenomena lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda sememangnya terjadi dikalangan masyarakat kita.

Dilaporkan bahawa seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang berusia 20 tahun di Bangkok, Thailand tular di media sosial.

Difahamkan bahawa warga emas berusia 70 tahun itu adalah seorang tauke jutawan kopi di Thailand.

Majlis perkahwinan yang disifatkan paling mewah ibarat Weading of The Year di Thailand telah mendapat perhatian warga net.

Ibarat tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu apabila gadis yang dikahwini oleh tauke kopi ini telah mendapat mas kahwin sebanyak 20 juta bath( RM2.75 juta).

Pengantin lelaki sangat menyayangi isterinya dan menyerahkan mas kahwin itu kepada isterinya.

Jarak perbezaan umur diantara pasangan ini adalah 50 tahun serta yang menariknya adalah majlis perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan pertama bagi warga emas berusia 70 tahun itu termasuklah isterinya.

Hasil dari laporan Thai Smile Variety dan Facebook Chetta Songthaveepol, majlis perkahwinan itu menjadi viral di media sosial di Thailand kerana kemewahan serta jarak usia di antara mereka.

Sebagai rekod, lelaki ini ialah pemilik salah satu jenama kopi yang terkenal di Thailand, Khao Shong.

Semasa majlis perkahwinan mewah gilang gemilang itu berlangsung pengantin tersebut telah berjanji akan sentiasa setia bersama isterinya setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Wah… betuah badan dan sangat beruntung dapat suami yang sweet dan bagi gadis itu juga sangat bertuah dapat menikmati kemewahan dengan sekelip mata. Siapa sangka muda-muda lagi dah jadi isteri kepada jutawan kopi pula tu. Semoga pasangan ini kekal abadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here