Seorang Guru Di Johor Murung Tak Dapat Tukar Sekolah, Mahu “Lelong” Anak

Beberapa hari lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan keputusan permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi 2019.

Tahniah buat guru yang berjaya tukar sekolah. Sememangnya inilah berita gembira yang paling ditunggu-tunggu. Namun, bagi yang tidak berjaya pula pasti rasa sangat kecewa.

Itulah yang berlaku kepada seorang guru di Johor. Guru berkenaan yang merupakan ibu tunggal meluahkan rasa kecewa dan akui kemurungan kerana permohonannya untuk tukar sekolah gagal dan akan kekal di sekolah berkenaan. Dikataakn guru berkenaan mahu bertukar sekolah ke kampung halamannya di negeri Kelantan setelah pemergian suaminya.

Luahan hati dan perkongsian guru berkenaan di laman media sosial Facebook telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 2k share.

Ternyata rasa kecewa yang dialami oleh ibu kepada 6 anak ini mengundang perhatian orang ramai. Menurutnya, dia sudah 13 tahun mengajar di Johor. Tambah menyedihkan rumahnya sudah dijual dan perlu mencari rumah sewa yang lain. Sekiranya ada yang berminat, dia mahu ‘melepaskan’ anaknya.

Ini perkongsian guru berkenaan:

Kes ini mendapat reaksi dari seorang guru yang turut mempersoalkan apakah yang boleh dilakukan pihak Kementerian Pendidikan bagi membantu guru dan juga ibu tunggal 6 anak ini.

Ini luahan dari seorang cikgu lain yang bernama Cikgu Izzat:

“Kalau sudah sampai nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan, apa yang KPM boleh buat?

“Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung hal pertukaran guru.

“Wahai YAB Dr Wan Azizah Wan Ismail , tolonglah cikgu ini. Beliau dah kecewa sampai nak serah sahaja anak-anak seramai enam orang kepada sesiapa.

“Mahukah lihat anak-anak dipisahkan? Cukuplah cikgu ini terpaksa hidup bersendirian, sekarang masih lagi nak dibiarkan berpisah dengan anak-anak?

Apabila kes ini menjadi viral, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihak nya melihat dengan segera dilema yang terpaksa di hadapi guru tersebut.

“Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap guru yang ingin bertukar sekolah.

“KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini.

Dr Maszlee telah meminta pegawai Kementerian Pendidikan menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera bagi tindakan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here