Buat Tik Tok Ketika Isteri Pergi Umrah, PU Syed Tegur Aliff Syukri.. Minta Dirinya Bertaubat

Satu lagi isu melanda Datuk Seri Aliff Syukri yang merupakan jutawan kosmetik popular di Malaysia. Kali ini melibatkan satu video Tik Tok bersama gadis international pula.

Ada yang mengatakan, setiap kontroversi merupakan strategi pemasaran yang Aliff Syukri cuba lakukan agar mendapat perhatian orang ramai.

Semalam, pengasas D’Herbs ini ada memuat naik video sesi penggambaran muzik video terbarunya yang berjudul Biar Apa Orang Kata.

Aliff Syukri ada muat naik video yang memperlihatkan dirinya sedang bermain Tik Tok bersama beberapa orang gadis.

Apa yang membuatkan kemarahan orang ramai ialah, Alifff Syukri sibuk bermain Tik Tok tatkala isterinya sedang mengerjakan umrah. Malah isterinya pernah menasihatinya agar jangan leka bermain Tik Tok.

Ternyata video ini mendapat perhatian netizen termasukan pendakwah iaitu Pencetus Ummah Syed (PU SYED).

PU Syed memberikan teguran buat Datuk Seri Aliff Syukri supaya usahawan berkenaan bertaubat.

Malah PU Syed melihat video Tik Tok berkenaan seperti Aliff Syukri mempersenda agama.

“Sekali lagi saudagar herba ini membuat sesuatu yg mendatangkan kutukan.. Fitnah itu sedang tidur wahai saudara, jgn dikejutkannya.. Selepas video klip bobo di mana harini dia muncul dgn tarian tik tok bersama wanita2 seksi.. Jika sebelum ini nitezen hentam dan dia kata dia dah berubah dan muat naik video lagu nasyid bersama isterinya.. Tetapi kali ini dengan bangga dia muat naik tiktoknya yg benar² saya anggap sebagai cuba mempersendakan hukum agama.

“Semoga Allah tunjukkan kepada saudara jalan keluar yg sebaiknya dlm kemelut mencari identiti diri sendiri..atau kami doakan agar segala nikmat yg saudara sedang kecapi ini diberikan kepada insan yg benar² tahu bersyukur dan taat kepada agama.
Umat Islam di Malaysia sibuk isu ICERD, saudara sibuk UP Maksiat.. Astaghfirullah.. #taubatlahwahaimanusia
Saudaramu
PU Syed!”

Jom Lihat Video Dibawah :

“Jika hidup kita suka dihiasi kontroversi, bimbang², kelak saat kita mati, kita akan menghadapi situasi yg sama.. Malulah kepada Allah.. Atas dosa secara terang²an yg kita buat.. #TaubatlahKepadaAllahSaudaraku” -PU Syed

Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk muzik video lagu terbarunya dan gadis berkenaan turut terlibat di dalam pembikinan muzik video tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here