Datuk Seri Zahid Hamidi Tolak Ikat Jamin, Ditahan Di SPRM

Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak cadangan peguamnya untuk membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini.

Perkara berkenaan diberitahu sendiri oleh isterinya Datin Seri Hamidah Khamis di perkarangan bangunan SPRM.

“Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad Zahid) akan di sini sampai esok pagi dan dari sini (Ibu Pejabat SPRM) pergi ke mahkamah (Kuala Lumpur)” itulah kata isteri kepada Zahid Hamidi.

Ditanya tentang perasaannya mengenai perkara berkenaan, Hamidah berkata : “Saya ok”. Dulu, masa dia (Ketua) Pemuda UMNO, dia ditahan 10 hari (di bawah ISA),.. jangan bimbang, doakan untuknya,” kata Hamidah lagi.

SPRM hari ini telah memaklumkan penahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hadimi berhubung kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Beliau akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bekas timbalan perdana menteri itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada 8.00 pagi untuk menghadapi pertuduhan tersebut.

Sumber : Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here