Saya Hampir Pasti Anak Aliff Syukri ‘Down Syndrome’.. Perlu Terapi Awal, Ini Untuk Kebaikan

Melalui laman IG miliknya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik satu berkenaan anaknya bernama Qoyyum yang lebih mesra di sapa dengan nama Yom.

Aliff Syukri memuatnaik satu foto tentang pandangan seseorang yang mengatakan anaknya itu ada masalah seakan Down Syndrome. Individu berkenaan menyarankan perkara ini haruslah diperiksa dan Aliff Syukri perlu mendapatkan rawatan buat anak berkenaan secepat mungkin.

Ini fotonya:

Ini pula luahan hari dari Aliff Syukri tentang anaknya itu:

“Apa patut saya buat saya rasa mcm sedikit tertekan.. kami dah jumpa doctor… tapi doktor suruh saya refer hopital pakar.. saya rasa dia mcm autism laa..

“Jangan lah Allah menduga saya… Sebenarya saya agak pelik bila yom dah setahun lebih tetapi dia agak slow respon, mata tak memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yang lain atau minah.. kami sedang buat rawatan untuk yom malah dah jumpa doctor pakar kanak tapi doctor suruh refer pada hospital pakar… doakan yom normal.. @babyterlajaklaris”

Itulah kisahnya tentang anak kepada Aliff Syukri bernama Yom ini. Diharapkan Aliff Syukri membawa anak ini berjumpa dengan doktor pakar secepat mungkin kerana mereka adalah pakar dan paling arif tentang hal seperti ini.

Semoga anak-anak Aliff Syukri sentiasa sihat dan mendapat kerahmatan dariNYA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here