Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) tampil memberi respon ekopran kontroversi yang dihadapi oleh sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri.
Sebagai penaja utama rancangan paling popular di Malaysia iaitu Gegar Vaganza, DS Vida memberi komen mengatakan supaya Aliff Syukri sentiasa tabah berdepan dengan kecaman dari para netizen.
DS Vida berkata setiap manusia melakukan kesilapan dan kes yang berlaku itu hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup.
“Kecaman ada di mana-mana, mental kena kuat tapi sedihnya ramai juga yang kecundang, ramai yang berusaha keras dalam diam, hidup ini tak semudah bicara.
“Kita tidak akan dapat lari daripada stigma masyarakat dan bukan mudah juga menjadi satu-satu yang unik dalam masyarakat. Semoga adindaku Aliff Syukri terus kuat!
“Kadang-kadang kita tersasul tapi tak berniat pun. Maafkanlah dia, setiap orang pasti melakukan kesilapan dan paling penting jadikan pengajaran”
Menerusi konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad lalu, Aliff Syukri yang merupakan pengasas produk D’Herbs, telah membuat ramai orang kemarahan apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya ‘berwajah hodoh dan bomoh’ terhadap seorang penonton malah bersikap skeptial terhadap orang berkulit gelap atau ‘hitam’.
Namun begitu, Aliff Syukri sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sebelum ini, Vida turut menerima kecaman hebat netizen apabila juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu Aishah mendakwa barangan kemas tajaan penaja yang bernilai RM80,000 adalah palsu. Gara-gara kontroversi tersebut, Vida mendedahkan perniagaannya mengalami kerugian hampir RM1 juta.
Sebelum ini, Dato Seri Vida merupakan penaja program realiti tersebut dari musim pertama hingga keempat.