“Sanggup Tinggal Mak Ayah Terkontang-kanting Demi Nak Bergambar Dengan Kawan-kawan..”

Seorang elalki berkongsi kisah yang sering berlaku ketika majlis konvo. Ada di kalangan para plejar yang mudah lupa dengan susah payah ibu bapa dan lebih gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan ketika majlis konvo.

Ini sesuatu yang tak perasan dilakukan oleh para pelajar, tetapi impaknya sungguh besar. Lelaki ini mengingatkan kepada semua tentang cara yang patutnya dilakukan ketika majlis konvo iaitu dengan meraikan ibu bapa dan juga keluarga.

Jom baca kisah lelaki ini:

“Jom tangkap gambar sekali..”

Dengan itu, aku meninggalkan ibu bapaku terkontang-kanting dari kampung yang sanggup datang di hari graduasiku demi meraikan ajakan kawan sekelas. Mereka terpinga-pinga dalam lautan manusia di tapak konvokesyen.

Baru beberapa langkah menapak, aku berhenti tiba-tiba. Teringat akan pesanan senior melintasi ruang fikiranku;

“Hari konvo ni adalah hari kau raikan dengan family, dengan mak ayah yang susah payah jaga kau sampai kau berjaya jejak kaki ke menara gading.

Diorang sanggup datang jauh-jauh nak tengok kau pegang scroll atas pentas, pastu nak peluk kau rapat-rapat sebab kau dah berjaya habiskan pengajian kau.

Waktu itu lah, air mata diorang akan mengalir sebab diorang rasa dah berjaya didik kau hingga pakai jubah dan bertopi petak menerima anugerah hari tu.

Tapi sayang, ada yang tak sedar semua tu. Sampai sanggup tinggal mak ayah demi nak tangkap gambar dengan kawan-kawan. Kononnya untuk kenang-kenangan sebab dah tak dapat jumpa lagi lepas ni. Hingga dia lupa, mak ayah yang dia tinggal selama ni sebab dia belajar jauh dari family.”

Tersentak aku tiba-tiba dari lamunan. Tujuan ku berpatah arah, aku melangkah kembali mendapatkan orang tuaku

Kat sini aku nak pesan #6 perkara yang mungkin kita terlepas pandang sebab terlalu syok untuk bergraduasi

1. Raikan Mak Ayah

Ingat! Hari konvo adalah hari kita nak raikan orang yang susah payah jaga kita hingga kita graduasi hari ini. Jangan sekalipun sakitkan hati mereka. Jaga baik-baik.

2. Photoshot pre-konvo

Aku cadangkan buat lah photoshot pre-konvo, waktu tu kau nak tangap gambar berjuta-juta keping pun tak kisah. kau nak tonggeng, menyelam dalam air, terjun bangunan sambil tangkap gambar pun boleh. Yang penting time konvo adalah masa untuk kau photoshot dengan family yang tercinta je..

3. Habiskan masa dengan family

Mak ayah kita dari jauh datang nak raikan kita, diorang tak tahu kat mana tandas, kat mana kafe, kat mana surau. Jadi, kitalah sebaik-baiknya yang jadi tukang tunjuk arah. Sebab diorang datang sebab kita. Jadi, kitalah yang patut meraikan mereka.

4. Pakaikan mak ayah jubah dan topi konvo

Actually, Mak ayah kita nak merasa apa yang kita pakai. Kadang diorang tak cakap, tapi hati kecil diorang teringin sangat nak sarung jubah konvo kita.

Buka dan sarunglah jubah konvo kat mak ayah kita, pakaikan topi petak atas kepala mereka. aku jamin, mereka mesti senyum lebar punya.

5. Kedatangan mak ayah adalah sebuah hadiah

Kadang ada yang muncung muka bila mak ayah dia tak mampu bagi sejambak bunga mawar sebagai hadiah, tanpa dia sedar kehadiran mak ayah dia itulah sebagai hadiah.

Bersyukurlah.

6. Jangan malu perkenalkan mak ayah.

Bila jumpa kawan-kawan, ataupun pensyarah. jangan malu nak kenalkan mak ayah kita. hatta, selekeh macam mana pun pakaian mereka. mereka mampu lahirkan kita untuk bergraduasi pada hari ini. ingat tu.

P/s: Tolong bagi tau kawan-kawan kita yang nak konvo dan bakal konvo, jagalah 6 benda ni baik-baik.

Sila pesan kat semua rakan-rakan anda ya. Sumber: Fb Izzul Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here