Penyanyi Asal Lagu Bunga, Altimet Tampil Komen Secara Jujur Persembahan Rap Zamani

Penyanyi rap popular iaitu Altimet, merupakan antara nama besar di Malaysia ini. Bermula dengan Teh Tarik Crew bersama Mizz Nina dan juga DJ Fuzz, kini Altimet terus hebat berkarya.

Malah lagunya berjudul Bunga telah dinyanyikan oleh finalis Gegar Vaganza iaitu Zamani pada hari Ahad yang lalu.

Dalam entry terbarunya, Altimet ada memberikan komennya secara ikhlas dan jujur tentang persembahan Zamani yang menyanyikan lagu Bunga di konsert akhir itu.

Secara jujur, Altimet akui kagum dengan usaha yang dipamerkan penyanyi Gerimis Mengundang itu kerana berani mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, Altimet amat salute dengan Zamani.

Ini komen Altimet melalui IG miliknya:

“Saya dpt byk DM mintak saya ulas pasal persembahan @zamanislam_official semalam. Terus terang saya tabik Abang Zamani kita ni. Bukan sebab dia boleh rap, Bukan sebab dia buktikan ramai orang yang kata dia tak boleh rap salah. Sebab dia berani cuba benda baru untuk tingkatkan prestasi diri dia.

“Ni satu benda yang orang kita kadang2 tak suka buat. Lepas satu tahap dlm hidup, diorang dah relax, kata tak payah ah cuba belajar benda baru ni, dah cukup dah ilmu utk cari makan. Ni cara pemikiran dulu2, guys. Zaman sekarang ni kalau malas belajar skill baru, memang ketinggalan ah.

“So, salute @zamanislam_official, salute semua yg masuk gelanggang #gegarvaganza dari musim 1 sampai 5. Terima kasih sebab jadi contoh kat kami semua. #zamani

Tambah Altimet, mempelajari sesuatu yang baru adalah perkara yang jarang dilakukan oleh artis tempatan apabila mereka telah mencapai satu tahap yang selesa.

Kalau dilihat di ruangan komen, para netizen memang bersetuju dengan pendapat yang dityulis oleh Altimet itu.

Persembahan Zamani dan Billy Zulqarnain pada malam itu ketika menyanyikan lagu BUnga telah menerima sorakan dan tepukan gemuruh dari para penonton dan juga para juri.

Malah Altimet pun suka jadi persembahan mereka pada malam itu memang benar-benar bagus lah. Tahniah diucapkan kepada Zamani dan Billy Zulqarnain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here