“Netizen kata, sebenarnya dia ni free hair, tapi kahwin je tutup” – Ini respon balas gadis kahwini jejaka Afrika

Kini umum mengetahui ada gadis dari Kedah telahpun berkahwin dengan seorang jejaka dari benua Afrika.

Jejaka berkenaan bernama Adama berasal dari Guniea yang terletak di Afrika Barat, bersebelahan negara seperti Senegal, Ivory Cost dan juga Sierra Leon. Gadis tersebut pula bernama Fila Amir dan kini menjadi tumpuan masyarakat.

Perkahwinan mereka telah menjadi sebutan ramai, setelah gambar pernikahan pasangan ini tersebar di laman media sosial.

Gambar perkahwinan antara Fila dan juga Adama memperlihatkan, gadis ini cantik memakai gaun pengantin serta bertudung litup, menutup aurat.

Namun apabila mereka menjadi viral, ada netizen yang mendedahkan sebenarnya gadis berkenaan seorang yang ‘free hair, tapi masa di hari pernikahan nya sahaja dia pakai tudung dan tutup aurat.

Akhirnya Fila Amir tampil memberi respon balas tentang persoalan berkenaan.

Kata Fila Amir, sebenarnya sebelum ini, dia seorang model dan memang tidak bertudung. Dan setelah berkahwin, Fila akan cuba untuk berubah ke arah kebaikkan sedikit demi sedikit.

Sementara itu, Fila juga akui dia memakai tudung ketika bernikah adalah kerana permintaan dari suaminya itu sendiri.

Ini komen dari Fila Amir:

Itulah penjelasan dari wanita ini.

Memang bagus suami kepada Fila Amir ini. Rupanya dia yang minta Fila untuk menutup aurat ketika di hari pernikahan mereka. Dengan izinNya, nanti berubahlah sedkit demi sedikit ke arah lebih baik nanti. Kita sama doakan.

Apapun, semoga pasangan ini berbahagia.

Sumber: Ig Fila Amir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here