“Mak pun seronok cakap nak pergi” Linda Rafar Terkilan Tak Sempat Teruskan Hajatnya Buat Ibu..

Linda Rafar telah kehilangan ibu tersayang iaitu Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman yang disahkan meninggal dunia baru-baru ini.

Penyanyi kumpulan Elite ini telah meluahkan rasa sedih dan rindu terhadap ibunya yang telah dijemput Ilhami pada Jumaat malam.

Apabila pulang ke rumah, Linda menyatakan dia terasa seperti ibunya masih ada di rumah, ketika mereka seronok merancang percutian untuk melihat laut.

Namun, Linda redha dengan pemergian ibunya dan menganggap kini arwah dapat berehat melihat keindahan syurga.

Ini tulisnya:

“Allahuakbar… Bila semua dah balik Linda rasa sebak, sunyi dan rindu sangat kat mak. Terasa macam mak ada saja lagi dalam rumah ni.

“Bangun pagi nak buat air dan minum dekat depan ini. Tengok keadaan dia semakin sihat. Seronok sangat dan rancang nak bawa dia tengok laut.

“Mak pun seronok cakap nak pergi rehat tengok laut. Tapi sekarang Allah sayang mak dan ambil mak dulu. Nak bagi mak rehat tengok syurga Firdaus Insya-Allah. Ya Allah kuatkan aku,”

Sebelum itu, Linda Rafar ada menyatakan dia amat rapat dengan arwah ibunya itu dan diharap dapat kekuatan untuk melalui hidup tanpa ibu tersayang. ternyata penyanyi ini amat merindui ibunya.

Ini tulisnya:

“The Last Goodbye. Tak semua boleh melalui fasa ini .. hanya allah mampu memberi aku satu kekuatan untuk aku menempuh segala memori indah bersama ibuku Rasimah binti abdul Rahman

“Mak terlalu rapat dgn Linda. Segala masalah atau apa shj Dia la tempat utk linda mengadu. Sekarang allah dah ambik Mak kembali kepadanyaa Linda kena terus kan hidup ini walau pon susah sgt rasanyaa.

“Mak, Linda dah buat yg terbaik untuk mak. Moga allah tempatkan Mak Di Syurga yg paling indah. Gonna miss you mak. Allahuakbar!

Luahan tersebut ditulis menerusi laman Instagram Linda pada pagi, Ahad berserta video keadaan ruang tamu rumahnya.

Allahyarham ibunya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, kira-kira pukul 9.50 malam, Jumaat.

Takziah buat keluarha Linda Rafar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here