“Tiba-Tiba Muncul, Misteri” Kucing Rita Rudaini Dijumpai Secara Tiba-Tiba Cetus Tanda Tanya

Selebriti popular iaitu pelakon Rita Rudaini dapat menarik nafas lega apabila kucing tersayang nya berjaya dijumpai.

Rita telah meluahkan rasa amat bersyukur dan gembira kerana Pekan, nama kucing kesayangannya ditemui semula kira-kira pukul 2.50 pagi Khamis.

Pelakon berusia 42 tahun ini berkata, kucing tersebut telah ditemui dalam keadaan letih, murung dan kurus.

Kucing yang dibela oleh Rita Rudaini itu hilang lima hari lalu ketika berada di bawah jagaan seorang kenalan dan kejadin itu menimbulkan banyak tanda tanya dan persoalan.

Alasan yang diberi oleh individu yang menjaga Pekan ketika itu dikatakan seperti ‘ada yang tak kena’ dan tak masuk akal.

Oleh itu Rita Rudaini telah menviralkan kes berkenaan selain telah membuat report polis.

Kemudian secara tiba-tiba Pekan berjaya ditemui dan ternyata luahan Rita Rudaini itu berjaya menemukan semula dengan kucing berkenaan.

Namun Rita Rudaini berkata dia tetap mahu siasatan dijalankan terhadap kes berkenaan.

Jom baca komen Rita Rudaini:

PEKAN DALAM KEADAAN MURUNG

“Alhamdulillah terima kasih tidak terhingga kepada Sarjan Rahmat dan semua polis di Balai Polis Semenyih kerana menyelamatkan Pekan.

“Saya rasa gembira bila dihubungi dan diberitahu berita ini. Pekan dalam keadaan letih, murung dan kurus,”

ADA BANTU BERI MAKLUMAT

“Allah hantar seorang yang mulia hatinya, dia banyak membantu dalam memberi maklumat tentang Pekan. Semoga Allah membalas jasa baik adik dan keluarga.

“Ada hikmah saya post perkara ini di Instagram untuk viralkan, tiba-tiba Pekan muncul, misteri, suratan atau kebetulan,”

MASIH TAK PUAS HATI, MAHU SIASATAN DIJALANKAN

“Saya mahu pihak polis terus menyiasat kes tersebut dan ambil tindakan sewajarnya. Siasat sampai terungkai kebenarannya,”

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini mendedahkan kucing kesayangannya hilang daripada jagaan seorang kenalan yang meminjam kucing itu untuk tujuan kahwin dengan seekor kucing lain.

Dikatakan sangkar tersebut dikopek oleh Pekan sekaligus menimbulkan keraguan dari pihak Rita Rudaini.

Sumber: IG Rita / mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here