Kenapa Masih Belum Tutup Aurat? Muhasabah Diri.. Perbanyakkan Ibadah – Netizen Tegur Elyana

Elyana, penyanyi yang kini diketahui sedang bertarung dengan penyakit barah. Elyana sebelum ini mengumumkan dirinya menghidap kanser limpoma dan sedang jalani rawatan.

Dalam perkembanagn terkini tentang penyaktnya, semalam ada satu berita sedih telah dikongsikan oleh suaminya kepada semua iaitu kanser Elyana kini semakin merebak ke saraf sehingga beliau suakr untuk berjalan. Kini Elyana terpaksa menjalani rawatan radioterapi untuk mengawal penyakit yang sedang merebak itu.

beberapa portal hiburan menulis kisah ini dan ianya terus menajdi bualan ramai. Namun apa yang mencuri perhatian adalah komen dan teguran dari sesetengah netizen tentang pemakaian Elyaan yang masih belum menutup aurat.

Ada netizen yang terus menghukum Elyana di atas penampilan beliau yang masih belum menutup aurat. Sehingga ada yang menegur secara terbuka tanpa memikirkan perasaan penyanyi berkenaan.

“Tutup aurat, perbanyakkan ibadah, buang gambar yang dedah aurat. Buang ego dengan tuhan. Yang laki pula jangan jadi laki yang dayus biar aurat isteri terdedah.”

“Dinasihatkan tutup aurat Elyana yaa. Mudah-mudahan terbuka hidayah. Sakit tu penghapus dosa. Tapi kalau buat dosa juga, rugilah”

Komen-komen yang telah menegur dan meminta Elyana untuk menutup aurat ini mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial lain yang menyifatkan mereka sebagai tidak berhati perut ketika orang lain sedang ditimpa musibah.

Ramai berpendapat bertudung atau tidak itu urusan Elyana dan Tuhan, kita sebagai peminat dan rakan seagama seharusnya mendoakan yang baik baik sahaja supaya penyanyi ini dapat mengharungi dugaan yang bertimpa ini.

Mungkin cara menegur secara terbuka ini adalah kurang sesuai, adalah lebih elok sekiranya mereka mesej secara peribadi kepada Elyana dan menulis dengan ayat yang lemah lembut dan baik, insyaAllah barulah hatinya terbuka.

Apapun semoga ELyana terus kuat hadapai dugaan ini dan kembali sembuh.. Amin!

2 COMMENTS

  1. sebab berhati perutlah diorang nasihatkan kenapa dah xleh tegur dah artis sekarang ni, komen dia orang x menghina tapi sebagai peringatan

    • Sebab saudara sesama Islam la perli ditegur. Yg lain2 tu xperlulah nk back up sgt artis kesayangan tu. Artis ke x artis ke, semua xkn kekal di dunia ni. Penyakit tu amaran Allah. Jd gunalah ms yg msh diberikN Allah tu sbg ms utk cukupkan bekalan akhirat. Tutuplah aurat wahai saudara Muslim ku, usahlah ego dgn Penciptamu. Wahai suami, didiklah, bimbinglah isteri mu ke arah jln yg benar. Bntulah dia mencari syurga di sana kelak. Ruginya mensia2kn peluang yg Allah bg.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here