Ini Komen Elfira Loy Setelah Dua Hari Bergelar Isteri Kepada Faris

Setelah dua hari bergelar isteri kepada Faris Khairol Anuar, pelakon cantik Elfira Loy telah menulis ucapan dan luahan hatinya.

Di laman media sosial IG miliknya, Elfira Loy mengatakan, suaminya itu merupakan cinta sejatinya dan ia nya merupakan saat yang paling dinantikan oleh Elfira.

Malah pelakon ini juga meluahkan rasa syukur tehadap Illahi dan berharap hubungan mereka akan membawa mereka ke syurga.

Ini ucapan penuh dari Elfira Loy:

“Kerana cinta yang mati, aku telah menemui cinta yang sejati. Inilah saat yang ku nanti, cinta yang ingin ku bawa hingga ke syurga dan bukan saja duniawi”

“I feel so content now, syukur”

Sementara itu, Faris Khairol Anuar juga menulis di laman IG miliknya dan mengtakan perkahwinan ini merupakan satu permulaan baru buat dirinya.

Faris juga sempat mengucapkan selaamt tahun baru buat semua.

Ini komen Faris:

“A new year. A new beginning. A new life. Wishing all of you a very Happy New Year. From my wife and I”
“Tahun baru, permulaan baru, kehidupan baru. Ucapkan selamat tahun baru buat semua. Dari saya dan isteri”

Pasangan ini diijabkabulkan pada satu Januari lepas bertempat di Cyberjaya. Beberapa foto pernikahan mereka telah di muat naik di laman media sosial Instagram dan ia nya telah menjadi viral.

Tahniah diucapkan buat Elfira Loy dan juga Faris Khairol Anuar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here