Erma Fatima pula hentam mereka yang datang audition..

Kenyataan produser popular tanah air iaitu A.Aida tentang mereka yang datang ke ujibakat telah mencetuskan satu isu ‘panas’ di kalangan para paminat industri hiburan tanah air.

Ada juga artis yang tak setuju dengan kenyataan dari A.Aida itu seperti kenyataan balas yang di keluarkan oleh Que Haidar, Noorkhiriah dan juga Kak Ogy.

Dalam pada itu, Erma Fatima turut memberi pandangannya tentang mereka yang hadir ke ujibakat untuk berlakon.

Erma Fatima merupakan juri yang sama dengan A.Aida untuk mencari bakat baru di DFKL2019.

Katanya, memang ramai yang datang seperti tak bersedia dan tak menjaga penampilan ketiak di sesi uji bakat.

Erma juga ada menyamakan mereka yang datang ke audition seperti nak ke pasar malam sahaja.

Ini pandangan Erma Fatima tentang mereka yang datang uji bakat:

“Orang nak jadi pelakun.. kita nak jadi pelakun. Lepas tu datang audition dress up macam nak pergi pasar malam. Jangan ingat industri seni ni macam playground. Datang seronok-seronok lepas tu balik.. Maaf cakaplah.. 99% yang datang audition ni kebanyakannya tak prepare. Kau orang patut bersyukur sebab skrip audition boleh create sendiri. Tu pun kau orang malas nak fikir lebih sikit. Semua nak ambik mudah. Tinggal 2 hari lagi audition kt IOA Mall 16 dan 17 Mac ni. Cuba datang dengan preparation yang mantap TERMASUK penampilan tu jaga sikit. Kena ingat.. penampilan kau org adalah first impressions juri terhadap kau orang”

Itulah komen Erma Fatima tentang mereka yang datang ujibakat.

Erma Fatima adalah salah seorang juri untuk uji bakat lakonan pada siri jelajah DFKL2019 yang bermula sejak 1 Mac lalu sehingga 17 Mac depan.

Sumber: IG Erma Fatima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here