Datin Paduka Eina Azman beli baju kurung kat Mydin jer.. Itu pun dah cantik sangat

Dah la cantik, lepas tu memang pandai masak pula tu. Kecantikan dan kehebatan pelakon ini memang sering dipui para peminatnya.

Datin Paduka Eina Azman yang popular dengan tagline “it’s done” ketika memasak pelbagai menu untuk suami kini juga telah mencuri tumpuan para follower di IGnya terhadap penampilannya.

Kalau dilihat, baru-baru ini, Eina Azman tampil dengan memakai baju kurung cotton ketika menghadiri majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz.

Rata-rata netizen memuji kecantikannya yang memakai baju kurung berkenaan. Ada yang mengatakan Eina Azman kelihatan cantik dan amat sesuai memakai baju berkenaan.

Apabila bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan terkenal apatah lagi yang mempunyai gelaran Datuk Paduka, sudah pastinya orang ramai menganggap baju yang dikenakan oleh Eina Azman sudah tentu mahal, jenis branded dan mencecah ratusan atau ribuan ringgit.

Menerusi satu gambar yang mana Eina Azman ada memuat naik gambarnya di Instagram memakai baju cotton ketika berkunjung ke Sri Pentas TV3 jumaat lalu. Ramai yang tanya di mana Eina Azman beli baju kurung itu.

Melihat pertanyaan itu, Eina Azman menulis respon balas. Namun, jawapan yang diberikan Eina sangat mengejutkan, apabila Eina Azman menyatakan bahawa dia hanya membeli baju kurung itu di gerai jualan di Mydin. Malah harga nya amat berpatutan iaitu dengan harga RM50.

Melihat jawapan itu, netizen terus memuji dengan kesederhanaan Eina Azman. Malah ada yang menganggap Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Singh atau lebih mesra dipanggil Datuk Gmix cukup bertuah memiliki Eina Azman. Cantik, bergaya, pandai masak dan berjimat cermat pula.

Semoga, orang ramai ambil ikhtibar dari Eina Azman dan lebih berjimat cermat dalam membeli pakaian. Cantik juga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here