‘Dik, Awak Pregnant Ke?’ – Pelajar Disangka Hamil, Rupanya ‘Kandung’ Cyst 12kg

Ini satu perkongsian dari seorang gadis tentang penyakit ketumbuhan cyst yang dialaminya. Cyst tersebut agak besar di bahagian perut sehingga orang salah faham ingat gadis ini hamil.

Jom baca:

“The Journey of 12kg Ovarian Cyst”

Sebab ramai yang request, meh nak share my very own hectic journey ?

Bermula lah kisah hidup seorang mahasiswi di Uitm Dungun pada hujung tahun 2013 bila aku diserang senak perut yang melampau dan perut yang semakin membuncit.

On that time ramai dah yang start tegur kenapa perut macam nampak pelik. Even parent aku sendiri dah syak bukan bukan dengan aku. (Al maklum la perempuan kalau buncit pelik ni orang fikir lain)

Tapi biasalah manusia, takpernah nak alert dengan keadaan diri sendiri. Aku tak endahkan apa orang kata. Just let it go and anggap perut buncit tu sebab gemuk.

Sampai la satu tahap period dah semakin tak teratur.Sampai tahap lebih dari 15 hari(dah memang tak normal kalau ikutkan tu) Paling runsing bila perut dah makin membesar dan mengeras.Masatu aku masih lagi husnudzon dengan diri sendiri.(Takde apa ni sebab nak sedapkan hati sendiri)

Guest what? Masih segar dalam ingatan aku petang after class otw balik ke kolej aku singgah pejabat kolej dengan keadaan mengah mengalahkan marathon 100m dengan tujuan nak ambik kunci kolej je.

Dalam taksedar rupanya banyak mata yang perhatikan aku bila aku masuk pejabat kolej tu. Tetiba aku terdengar penyelia kolej panggil aku masuk bilik dia. “Dik dik sini kejap masuk bilik saya”

Dengan perasaan bersahaja aku masuk bilik dia then tetibe telinga ku panas disapa “Dik, awak pregnant ke?!”

Oh god!!!! Masatu hanya Allah je yang tahu perasaan cuak takut nak nangis nak blah semua nya bercampur baur. Gila kau terdiam aku dengar soalan macam tu. Okay aku tanya korang eh. Apa perasaan kau bila kau takpernah kahwin tapi dapat soalan macam tu?

Okay sambung balik…

Aku ingat lagi perasaan cuak nak jawab soalan tu. Nak menangis bila kita deny something yang kita takpernah buat tapi orang sekeliling nak kita mengaku benda tu. Damn‼️‼️ Masa tu aku bermati matian tak mengaku yang aku “pregnant” tapi sayang penyelia kolej tu takbagi aku peluang nak pertahankan diri aku.

Bertubi tubi soalan dia tanya aku. Punyalah dia nak aku mengaku,sampai tahap dia pujuk aku.Dia siap boleh cakap macam ni “Dik, kalau awak pregnant bagitahu je.Kami akan provide kolej yang lebih dekat. Jangan risau kami tolong awak.Saya risau if anything bad happened lagi teruk”

Dalam hidup aku satu je, kalau aku takbuat hidup mati balik pun aku tak mengaku. Hahahaha Tapi penyelia kolej tu masih takpuas hatj dengan jawapan aku bagi. Then tetibe je dia tarik tangan aku lalu bawak aku ke belakang (ke surau dalam office tu)

Nak tahu tak dia buat apa dekat aku Jeng jeng jengggggg. Dia bawak aku masuk dan minta aku baring. Dengan muka terpinga pinga aku tururkan juga. (Redha jela dah kena baring)

Usai baring laju je tangan dia pegang perut aku. Aku macam wondering la, dah kenapa pulak nak pegang pegang perut aku ni, taktahu ke aku rasa sesak nafas baring dengan takde bantal macam tu.

Dia pegang pegang taktahu apa yang dia nak sampai la kawan dia masuk dia cakap…“Eh takde rasa kepala baby pun. Perut dia keras macam ni je” Halamakkkk Kepala baby yang dicarinya.

Penyelia tu masih takpuas hati dengan keadaan tu. Dia seolah olah takdapat nak terima hakikat yang aku ni tak pregnant. Dengan muka takpuas hati dia cakap dekat aku macam ni. “Kalau awak taknak mengaku juga yang awak ni pregnant, saya bawak awak ke klinik untuk check up & scan”

Agak agak korang apa jawapan aku masatu. Kalau korang la kan, kita takbuat something bad so perlu ke nak rasa takut?????? Yes!!! Macam tu la dengan aku. Sikit pun tak takut apa adahal setakat nak pergj check up. Dah memang aku confident aku takbuat kenapa nak takut en en en

Pendek cerita aku ikut je penyelia kolej tu pergi ke sebuah klinik di bandar Dungun. Sampai sampai je dia minta doctor check aku & terus minta scan perut yang oncet ni. Big AHAAAAA!!!! Doctor tu cakap…… Dia cakap kan… “Maaf puan, adik ni tak pregnant”

On that time rasa Alhamdulillah YaAllah aku tak pregnant aku takbuat bukan bukan. Tapi masih dengan muka kerek penyelia tu, dia takpuas hati kenapa aku tak pregnant. Hahahahaha kenapa kenapa??? Kenapa dia takpuas hati sangat dengan result scan tu. Then dia pun bersuara .. “Doctor, macam mana tak pregnant sedangkan perut dia ni dah macam cukup bulan ni”

Doctor tu pun cakaplag bebaik dengan penyelia kolej aku “Puan, dia tak pregnant tapi dia suspect CYST”

Lesson yang aku dapat share about cyst dengan seluruh kaum hawa bidadari syurga:

1.Kalau period tak teratur please guys cepat cepat pergi buat check up
2.Jaga pemakanan (avoid unhealthy food/cheese/soya)
3.Avoid pantiliner usage
4.Makesure your feminine part always kering.

Gadis bernama NUR EZZATI ini akhirnya jalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst berkenaan yang merupakan seberat 12kg dan amat besar di dalam perutnya. Ini beberapa foto:

Sumber: Twitter NUR EZZATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here