“Definitely YES” – Nadia Brian terima lamaran kekasih di Paris

Pelakon cantik Nadia Brian berasa terkejut apabila telah dilamar oleh kekasihnya bernama Muizz Nasruddin ketika bercuti di luar negara di Paris.

Ketika bergambar dengan berlatarkan pemandangan Menara Eiffel, Nadia Brian telah dilamar oleh jejaka berkenaan dan dia berkata “Yes”.

Nadia kini amat bersyukur apabila hubungan mereka kini masuk ke fasa baru dan lebih serius dan Nadia mengharapkan hubungan mereka menajdi semakin indah.

Ini komen Nadia Brian:

“Jujurnya, saya sangat terkejut dan pada masa sama terharu dengan kejutan manis dilakukannya. Saya selalu melihat wanita lain menerima kejutan manis atau menonton detik indah sedemikian di kaca televisyen, kini saya pula yang mengalaminya.

“Saya sangat bersyukur dan kini berharap semoga semuanya menuju ke penamat yang indah.

“Cuma, buat waktu ini, apa yang boleh saya katakan, tarikh untuk kami disatukan bergantung kepada rezeki. Jika diikutkan perancangan, ia mungkin diadakan pada awal 2020 atau secepat-cepatnya penghujung tahun ini. Doakan yang terbaik buat kami,”

Semalam, Nadia Bria telah berkongsi gambarnya menerima lamaran dari Muizz di kota Paris di laman sosial IG miliknya.

Perkongsian terbabit tentu sahaja mendapat perhatian ramai followernya, termasuk teman artis yang memberi ucapan tahniah.

Nadia mendedahkan dia mula mengenali kekasihnya menerusi pelakon, Ainul Aishah, kira-kira dua tahun yang lalu.

“Ketika itu, kami hanya berkawan. Saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan dan pada masa sama sibuk dengan aktiviti lakonan.

“Namun, pada penghujung tahun lalu, kami kembali rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya.

“Saya dapat lihat kejujurannya, malah dia juga sanggup berjumpa keluarga saya,”

Menurut Nadia, dia bercuti di kota terkenal itu bersama keluarga lelaki berkenaan.

“Alang-alang sudah berada di sini, kenapa tidak diadakan sekali sesi fotografi praperkahwinan? Gambar ini boleh juga digunakan untuk poster atau kad kahwin kami nanti,”

Semoga hubungan mereka berkekalan dan sentiasa bahagia.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here