Achey Alami Pendarahan Teruk.. Ada Yang Rasa Dia Macam Kena Buatan Orang

Pelawak Achey dari kumpulan Bocey kini dikatakan sedang sakit akibat terkena pendarahan hidung yang agak teruk.

Menerusi satu perkongsian di laman IG miliknya, Achey berkongsi dia alami pendarahan hidung yang berlaku agak kerap dan pendarahan agak banyak.

Walaupun sudah berjumpa doktor, dikatakan perkara itu masih lagi berulang.

Ini komen Achey tentang keadaannya:

“Aku kena lagi (hidung berdarah)… tak tau pehal… kerap begini… pagi kena sekali malam kena lagi… now macam air paip!… terasa kat otak benda tu mengalir… masa #maharajalawakmega2018 tu selalu kena… org cakap panas dalam … klinik pun begitu panas dalam.. solution dah ikut tapi kena jugokk…

“Apapun doakan saya baik2 sahaja.. kerja keras?? Mestila ada benda nak rolling dan ada tanggungjawab.. kerja keras itu mesti.. cuma mcm kena berehat seketika jew.. hmmm ntah laa..

Di ruangan komen, rata-rata followernya agak risau dengan keadaan Achey itu, dan terus memberi cadangan.

Ada yang menyuruhnya untuk mengisi daur sirih di dalam hidung dab beri cara untuk rawat pendarahan hidung itu.

Ini antara komennya:

Ariz Ibrahim: “Dlu abg sy pnh kna mcm ni sbb tersalah mkn..darah x henti wlupun tidur siap kluar darah beku..klinik pn xda ubat bg stop..tp ada makcik ni ajar..cri pokok angsana..getah pokok ni klu kna toreh mcm darah..rebus kulit nya..pastu minum airnya..abg sy da ok da lepas tu..xda lg berdarah hidung nya lpas tu..

Mohammad Adhamsyafiq: “Bnyak kali kena mcm tu.. Klau ada daunn sirih cuba sumbat kat hidung, inshaa Allah baik la tu nanti..

Siti Bidah: “kalau orang kampong sumbat daun sirih insyaallah elok nanti

Sementara itu, ada juga follower yang risau Achey terkena buatan orang, apatah lagi melihat pendarahan hidungnya itu agak teruk. Ada beri cadangan agar Achey buat rawatan Islam.

Ini komen netizen:

Bibi Nabilah Zakaria: “Org ckp panas dalam tu actually kalau stakat panas dalam, darah tu hanya akan kluar skali2. Xde pn smpai pg kena malam kena. Better buat chek up dkt hospital je. Jgn lupa rujuk pakar perubatan islam skali.

sabrinasaary_: “Berubat cara perubatan islam.takut ada yg melawak kan.adat dunia.usaha achey.doa yg baik2. Insyaallah d permudahkan

tansrimohdfaez: “Kalau doktor bagi alasan sama awak kena pergi perubatan Islam untuk siasat kenapa setiap malam berdarah hidup. Gara-gara cemburu Inilah sifat manusia Saya berharap abang buat baik dialah

Semoga Achey kembali sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here