TERKINI Harga Siling Penutup Mulut dan Hidung Dinaikkan daripada 80 sen Sekeping Kepada RM2 Sekeping ..

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membenarkan import penutup mulut dan hidung untuk mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan wabak COVID-19.
Menurut Menteri Datuk Alexander Nanta Linggi, kebenaran untuk mengimport berkuat kuasa semalam itu adalah susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang.
Malah pada masa sama aktiviti mengeksport topeng muka juga dihentikan bagi mengelak bahan mentah berkurangan.
“Kalau KPDNHEP masih hadkan harga siling 80 sen sekeping, pengusaha dan kilang tidak lagi mampu mengeluarkan penutup mulut dan hidung,” katanya sambil menambah ia disebabkan kenaikan harga bahan untuk menghasilkan produk tersebut.

Sumber: BERNAMA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here