“Korang boleh pergi mampus! Ini sudah terlalu melampau” – Nabila Huda

Baru-baru ini menerusi Instagram, Nabila Huda meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir netizen di media sosial yang bertindak mengecam artis di media sosial.

Kata Nabila Huda lagi, dia dah tidak sanggup lagi melihat rakan artis lain ditindas dan dicaci oleh netizen.

Malah yang menjadi lebih teruk apabila ada artis sering dilabel jahat dan bawa pengaruh buruk tanpa melihat sisi baik mereka.

Nabila huda turut meluahkan rasa kecewa apabila netizen sekarang hanya ingin tahu tentang ‘cerita sampah’ mereka dan tidak peduli tentang perkembangan dalam karier mereka sebagai anak seni.

Ini antara luahan hati Nabila Huda:

“Saya tak sanggup untuk baca dan tengok rakan di dalam industri ditindas, dicaci di khalayak ramai, jahat, bawa pengaruh buruk, neraka tempat kami. Saya rasa ini sudah terlalu melampau.

“Tidak ada langsung kebaikan daripada kami yang bergelar retis ini. Macam mana mereka boleh berkata yang buruk-buruk tentang kami. Adakah peminat tahu bagaimana susahnya kami dalam melakukan pekerjaan?”

Katanya lagi, artis juga manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan cuma apa yang berbeza adalah mereka dikenali ramai.

Sementara itu, Nabila Huda turut meminta rakan selebriti lain untuk berhenti membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tiada orang akan hargai.

“Korang dengan falsafah korang boleh pergi mampus! Kami pun manusia juga. Kami buat salah, kami buat perkara jahat, kami menyesal. Kami juga jatuh cinta dan lakukan banyak perkara untuk memastikan kami sentias gembira.

“Kami ada keluarga. Kami juga ada agama. Kami cuma manusia. Cuma bezanya adalah kami dikenali. Tapi itu tak bermaksud kami perlu jadi sempurna untuk anda.

“Please la stop minta maaf secara terbuka. What for? Kenapa nak minta maaf kepada satu Malaysia? We’re human being. Kita memang akan buat salah. Bila kita minta maaf ikhlas, deorang cakap wehh senang la artis, salah je minta maaf. Apa pun minta maaf, settle,”

Itulah luahan hati Nabila Huda tentang kisah yang melanda dirinya baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here