Sering diasak tentang kontroversi abangnya, akhirnya Syed Saddiq buka mulut

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sering diasak dengan soalan panas ekoran kontroversi melibatkan abangnya, Syed Abdullah dengan pelakon jelita Emma Maembong.

Kerana terlalu banyak komen tentang isu itu yang ditulis oleh netizen di laman media sosial milik Syed Saddiq, akhirnya menteri muda ini tampil memberi respon balas setelah lama berdiam diri.

Di laman IG milik Syed Saddiq, ada netizen yang meminta beliau untuk menegur abangnya apatah lagi penyebaran gambar itu memang mengejutkan ramai.

Namun, Syed Saddiq telah membalas dan menjelaskan dia tidak perlu mendedahkan perkara berkaitan teguran dan perbincangan di kalangan ahli keluarganya kepada orang ramai.

Syed Saddiq menulis perkara itu dalam sebuah komen yang dibalas kepada pengikutnya di laman Instagram.

Netizen tersebut menyarankan Syed Saddiq agar menegur abangnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka akibat kisa kontroversi yang melanda dirinya dengan pelakon Emma Maembong baru-baru ini.

Ini komen seorang follower Syed Saddiq:

“Saya di sini ingin menyarankan supaya YB tegur abang YB kerana dia telah mencalarkan maruah keluarga YB,”

Tidak berdiam diri, Syed Saddiq membalas komen itu. Ini respon balasnya:

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,”

Ini foto perbualan berkenaan:

Baru-baru ini, telah menjadi viral beberapa keping foto Syed Abdullah bersama Emma Maembong dikatakan ketika pasangan kekasih itu sedang bercuti di negara jiran Thailand.

Syed Abdullah mengakui wanita yang bergambar bersamanya di sebuah restoran adalah pelakon jelita Emma Maembong dan mereka berdua telah mengakui kesilapan serta memohon maaf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here