“Saya hilang pertimbangan pada malam itu kerana..” – Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Lan Pet Pet

Ekoran kes pukul seorang pengawal keselamatan di Nila baru-baru ini, Lan Pet Pet telha menerima kecaman teruk dari para netizen. Apatah lagi pelawak ini memukul seorang warga tua.

Setelah lama mendiamkan diri, Lan Pet Pet atau nama penuhnya Mazlan Ahmad, akhirnya membuka mulut tentang kejadian berkenaan.

Pelawak ini akui kesilapannya memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Ini komennya:

“Saya mengaku saya bersalah dan memohon maaf dengan apa yang berlaku,”

Lan Pet Pet telah mengaku salah dan didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret, semalam, ekoran insiden memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.

Lan berkata lagi, dia menerima hukuman itu dengan hati terbuka dan akan membayar denda seperti diarahkan.

Malah Lan Pet Pet telah merancang untuk bertemu dengan pakcik berkenaan. Menurutnya, dia berharap pengawal terbabit, Yahya Manap, yang sudahpun mencecah umur 70 tahun, akan memaafkannya, apatah lagi dia sudah dihukum oleh mahkamah.

Kejadian itu benar-benar menginsafkan Lan Pet Pet, tambahan pula pertama kali didakwa di mahkamah dan dia tidak membuat rayuan ketika dikenakan denda.

Ini jelasnya:

“Saya merancang untuk bertemu pak cik itu (pengawal keselamatan) untuk menziarahinya. Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya,”

“Saya tak tahu kenapa saya perlu bersikap sedemikian pada malam kejadian (6 April lalu). Selama ini saya sangat menghormati orang tua”

“Saya mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana ditekan dan provokasi,”

Semalam, pihak ahkamah menjatuhi denda RM2,000 kepada Lan Pet Pet dan jika gagal bayar, Lan Pet Pet boleh dipenjara lapan bulan.

Menurutnya, pelawak itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here