Netizen Mahu Suhaimi Saad dan Dr Sheikh Muszaphar Bincang Topik Bumi Leper Di Analisis TV Alhijrah

Setelah dua topik hangat berjaya mendapat liputan meluas, program Analisis di TV Alhijrah semakin dikenali ramai.

Dua topik berkenaan ialah tentang isu antivaksin dan juga doula yang kini dilihat semakin menjadi-jadi.

Di dua topik itu, ternyata pihak perubatan yang diwakili pakar perubatan bidang masing-masing telah berjaya memberi hujah yang baik melalui fakta dan ianya merupakan untuk kebaikkan semua.

Sementara itu, ada netizen yang mula memberi idea agar Suhaimi Saad dan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berdebat dan berbincang topik berkenaan di forum Analisa itu.

Apabila isu ini di sampaikan kepada pihak rancangan itu, nampaknya pihak berkenaan tampil memberi kenyataan.

Melalui laman FB Analisis, rancangan ini memberitahu bahawa poster yang tersebar adalah bukan dari pihak mereka akan tetapi mereka berbesar hati jika kedua pihak iaitu Suhaimi Saad dan juga Dr Sheikh Muszaphar mahu datang ke pentas Analisis.

Ini komennya:

MAKLUMAN:
Ini BUKAN Poster Rasmi kami.
Ini adalah poster yang dibuat netizen untuk Episod Minggu hadapan.
Namun jika kedua-dua panel sudi hadir dan merealisasikan harapan rakyat Malaysia,
ANALISIS TV ALHIJRAH berbesar hati menerima kehadiran Saudara Suhaimi Saad dan Dato’ Dr Sh. Muszaphar ke pentas Analisis.

Ternyata ramai netizen yang amat teruja untuk menonton perbincangan itu sekiranya ia benar-benar berlaku. Apa kata anda? Nak tengok ke mereka ebrdua berbincangan topik bentuk Bumi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here