KFC perkenalkan maskot ‘Colonel Sanders’ muda, lebih kacak dan sado

Kalau dengar tentang rangkaian restoren makanan segera Kentucky Fried Cicken (KFC), sudah tentu kalian ingat tentang maskot atuk berjambang putih bernama Colonel Sanders.

Ramai yang akan ingat dengan wajah lelaki berusia setengah abad, berjambang dan berkaca mata pada bungkusan makanan KFC. Sebenarnya itu adalah wajah pengasas ayam KFC itu sendiri.

Pengasas KFC yang sebenar ialah Colonel Harland Sanders.

Kini setelah sekian laman menggunakan maskot berkenaan kini, rangkaian makanan segera itu memberi wajah baru dan anda pastinya terkejut dengan kelainan yang diperkenalkan itu.

Restoran ayam goreng itu menampilkan pengasas dan maskot mereka, Colonel Harland Sanders kepada seorang personaliti maya menerusi laman sosial Instagram.

Daripada seorang lelaki tua, Colonel Sanders kini diubah menjadi lebih muda, segak dan tampan.

Malah, ada juga ukiran lukisan pada perutnya dengan tulisan Secret Recipe For Success (Resipi Rahsia Untuk Kejayaan).

Selain itu, Colonel Sanders yang baru ini juga ada muat naik foto sedang pergi ke gym.

Syarikat berkenaan telah mengubah akaum Instagram mereka beberapa hari lalu, dengan meletakkan gambar profil baharu dan beberapa keterangan gambar yang lain daripada lain.

Biodata pada akaun itu memaklumkan kepada lebih 1.3 juta pengikutnya bahawa Colonel kini adalah ‘influencer’ secara maya yang mengejar impian dan menjual ayam.

KFC kemudian mula memuat naik gambar-gambar maskot baharu tersebut meskipun dia bukan orang yang sebenarnya. Khabarnya ianya adalah hanya imej daripada komputer.

Satu caption mendedahkan tentang Colonel Sanders dengan mengatakan: “Saya mungkin seorang mogul restoran dan inspirasi antarabangsa, tetapi saya hanya seorang kanak-kanak yang suka berada di dapur.”

KFC merupakan antara makanan segera paling popular di Malaysia dan di serata dunia.

Sumber: mStar / Mirror UK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here