Kamal Adli kena sembur selekeh, pakai seluar koyak macam tak ada duit

Kalau dah bergelar sebagai seorang selebriti, segala langkah dan tindak-tanduk serta cara pemakaian sudah tentu menjadi perhatian ramai.

Pelakon Kamal Adli turut terpalit dan tidak terlepas dari terkena kecaman oleh netizen tentang cara pemakaiannya.

Dek kerana Kamal Adli memakai seluar jeans koyak pada majlis pelancaran koleksi raya rakannya, Fattah Amin minggu lepas, pelakon ini teruk kena kecam dan kena sembur dengan netizen.

Bagaimanapun, Kamal Adli tidak mudah melatah sewaktu ditegur netizen sebaliknya punya alasan tersendiri berhubung cara pemakaiannya itu.

Antara alasannya adalah dia nak cepat dan rushing ketika itu.

Ini komen tuan punya badan Kamal Adli:

“Saya sebenarnya rushing ketika itu kerana ada banyak event.. habis satu event saya terus event Fattah Amin”

“Saya minta maaf kalau ada yang terasa saya pakai seluar koyak ke apa. Saya bukanya selekeh, saya jenis yang sempoi je”

“Of cause saya kena jaga penampilan sebab mata orang selalu tengok..”

Ini video dari Kamal Adli:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here