Kawasan Ni Ada Seekor Jin Menyerupai Pontianak – Ustaz Dedah Ada Mahkluk Di RNR Genting Sempah

Seorang ustaz telah mendedahkan bahawa ada seekor jin menyerupai pontinak yang berlegar di kawasan RNR Genting Sempah.

Ustaz ini bernama Muhammad Firdaus dan video miliknya telah menjadi viral di laman FB apabila bercerita tentang kisah tersebut.

Namun ustaz ini ada pendapat tersendiri tentang entiti ini dan cara untuk menanangi nya dengan baik.

Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.

Ustaz Muhamad Firdaus menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

Selalunya kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu menjadi viral di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam mendedahkan hal ini.

Jom baca kenyataannya:

“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan. Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit. Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit”

Mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.

“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.

“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Menurut Muhamad Firdaus, dia mahu memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.

“Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami. Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni”

Ini video yang viral:

LIVE, GENTING SEMPAH. ++++Apa nak buat kalau nampak entiti ghaib di lebuhraya? Silakan share.

Posted by Ustaz Muhamad Firdaus 011 2075 8687 on Friday, 26 October 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here