FOTO VIRAL: Sang Suami Terima Padah Prank Isteri Sedang Hamil 4 Bulan

Telah viral di laman media sosial apabila seorang lelaki telah prank isterinya dengan gambar kononnya sedang bersama seorang wanita berambut panjang.

Rupanya ‘wanita’ itu adalah lelaki yang mempunyai rambut yang panjang.

Apabila dapat gambar itu, isteri mana yang tak terkejut dan marah apabila melihat adegan mesra antara suami bersama wanita lain.

Situasi itulah yang berlaku terhadap si isteri bernama Intan Mardhiah Mohd Tajudin, 23 tahun,yang sedang hamil hampir empat bulan.

Intan Mardhiah ketika dihubungi portal popular tanah air iaitu mStar, berkata, dia amat terkejut sebaik saja terima gambar tersebut yang dihantar sendiri oleh suaminya.

Si suami bernama Muhammad Al Afif Kamaruzaman, 23 tahun memang suka menyakat isterinya itu dan boleh dikatakan ini merupakan gurauan paling teruk yang pernah dilakukan ke atasnya.

Akan tetapi, kali ini, si suami telah terima padah apabila oleh kerana prank nya itu, dia terus kena block dari isterinya sendiri.

Ini komen si isteri tentang gambar berkenaan:

“Masa tu saya tengah tidur di rumah mak saya di Seremban, sekitar pukul 2 pagi saya tersedar dan tengok dia hantar WhatsApp gambar dengan ‘perempuan’ tu.

“Saya zoom in, badan macam perempuan, baju ketat, dengan rambutnya lagi yang panjang.

“Memang sedih, tambah-tambah tengah berisi, dia buat perangai. Nak marah tapi takut terkeluar perkataan tak elok, terus saya block WhatsApp. Saya cakap, kalau dia nak, dia carilah saya,”

Sementara itu, Al Afif mengakui prank berkenaan merupakan ideanya sendiri yang tercetus ketika sedang melepak bersama beberapa rakan nya itu di gerai mamak.

Kata Afif, dia juga tak menyangka perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter itu akan menarik perhatian ramai netizen.

“Masa tu tengah lepak mamak, kawan saya tu rambut dia memang panjang, tapi dia baru buat rambut. Nampak cantik macam rambut perempuan.

“Jadi saya tangkap gambar dan hantar kepada isteri. Lepas tengok terus dia merajuk. Bila dia block WhatsApp, saya mesej menggunakan (Direct Message) DM Instagram untuk hantar gambar sebenar kawan saya tu,”

Selain minta maaf, Afif turut membelikan coklat dalam usaha memujuk isterinya yang sedang sakit hati akan perbuatannya itu.

Untuk pengetahuan, Al Afif dan isterinya, Intan Mardhiah ketika majlis perkahwinan mereka 21 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here