“Tuhan You Yang Gagal…”- Hina Pemergian Adib, Staff Honda Digantung Kerja, Kini Disiasat

Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd. Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur telah tampil membuat permohonan maaf kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ia ekoran komen tak sensitif yang ditinggalkan oleh salah seorang kakitangannya di laman sosial Facebook.

Menurut Pengarahnya, Wong Chee Keong, pada masa ini, kakitangan berkenaan, bernama Caryn Yean telah digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat menjalankan siasatan dalaman.

Kami juga akan mengambil tindakan yang setegas mungkin,” itulah kata Chee Keong dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.

Ini pula tulis FB Honda:

“We sincerely apologize for the insensitive comment made by our staff (Caryn Yean) on the sad passing of fireman Mr Adib. We do not condone nor will tolerate such behaviour online or offline. At this moment, we have suspended the said staff (Caryn Yean) and started an internal investigation, and we will take the sternest action possible. Our deepest condolences to fireman’s family; our thoughts are with them at such a difficult time. Thank you.”

Terdahulu, Caryn Yean telah menulis komen seperti berikut:

Bukan kerajaan gagal… tuhan you yang gagal tak sembuhkan adib…

Komen berkenaan ditulis ketika siaran langsung Facebook sidang akhbar Menteri Perumah Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin malam tadi selepas kematian Muhammad Adib.

Ini komennya:

Komen Caryn Yean itu menerima kecaman dari ramai pihak yang kemudian mendapati dia bekerja dengan Honda Sri Utama, sekali gus menyebabkan laman Facebook syarikatnya ‘diserang’ oleh netizen.

Caryn Yean telah dikecam kerana kebiadapan wanita itu dengan mengaitkan tragedi yang menimpa Adib dengan kepercayaan agama.

Orang ramai telah menggesa agar Honda mengenakan tindakan paling tegas buat Caryn Yean sebagai pengajaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here