Bayi Maut Kena ‘CILI MULUT’ Sebab Menangis, Pengasuh Dipenjara 18 Bulan

Memang amat sedih dan mengejutkan, orang ramai seakan tak percaya bagaimana seorang pengasuh boleh bertindak ‘cili’ mulut anak asuhannya yang hanya baru berumur 2 tahun 6 bulan hingga, dan paling sadis bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Kalau dulu memang ada perbuatan yang mencilikan anak kerana mulutnya suka menipu atau berkata perkataan kurang ajar, tetapi pengasuh ini tergamak mencili kan mulut bayi yang baru 2 tahun.

Menurut sumber berita iaitu laporan dari portal The Star, pada Sabtu (29/9/2018), mangsa yang merupakan bayi lelaki bernama Muhammad Afif Kamarol Azli ini meninggal dunia pada Jun, iaitu dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Akibat kena cili, bayi itu mengalami kesulitan bernafas. Anak kecil tersebut dikejarkan ke klinik dan terus dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar. Namun, bayi malang tersebut meninggal dunia tak berapa lama setelah tiba di sana.

Disebabkan perbuatan tersebut, pengasuh berkenaan telah dijatuhi dengan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 28 September 2018.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh bernama Asmarani Ghazali yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Namun, para netizen dilihat kurang berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana kes tersebut sewajarnya diambil serius oleh semua pihak. Menurut laporan, ibu kepada mangsa, Puan Rahmawati, keluarganya menjadi trauma atas kejadian yang menimpa mereka. Apa tak nya bayi tersayang maut kena cili dengan orang lain. Memang kejam!

Ibu bayi berkenaan juga berasa kesal dan mengharapkan keadilan bagi pihak arwah anaknya kerana dia meninggal dunia akibat dianiaya dan bukannya kerana kecuaian pengasuh tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin juga menggesa mahkamah mengenakan hukuman antara 10 dan 15 tahun penjara kerana keseriusan kesalahan itu.

Semoga kes ini mendapat perhatian semua pihak berkuasa untuk membuat undang-undang terhadap pengasuh yang sanggup memperlakukan anak kecil yang tidak bersalah. Jadi, jangan lupa selidik latar belakang dan ambil masa untuk membuat pilihan tempat asuhan anak yang sesuai. Risaunya!

Sumber berita: The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here