“Aku tak hensem, aku telah berjaya” – Isu tak ada rupa, ini komen Dato’ Afdlin Shauki

Dato’ Afdlin Shauki merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Selain sebagai pelakon dan pengacara, Afdlin Shauki memang berbakat besar dalam bidang nyanyian, jadi pelawak, dan juga seorang pengarah dan produser yang berjaya.

Ekoran satu isu yang melanda industri hiburan apabila berbicara tentang rupa dan bakat, Afdlin Shauki juga dilihat memberi pandangannya tentang hal berkenaan.

Afdlin yang kini sudah pun berumur 47 tahun, mengatakan, dirinya sebagai seorang yang tak ada rupa tetapi telah berjaya kerana berbakat.

Bukan cakap kosong, Afdlin memang seorang yang berjaya apabila merangkul tiga trofi sebagai pelakon lelaki terbaik untuk Festival Filem Malaysia.

Ini komen Afdlin:

“Dengar sini kepada yg berkenaan. Aku tak hensem kecuali pada orang yg sayang kat aku. Tapi aku berbakat. Dan aku telah berjaya di Malaysia ini tiga trophy pelakon lelaki terbaik ffm… dan alhamdulillah ada perniagaan yg berumur 27 tahun. Kalau kita beri peluang pada bakat, bakat akan sentiasa menang dari rupa. Saya akan sentiasa support bakat … 

Itulah pesanan dari Afdlin Shauki tentang isu ini.

Dalam pada itu, Afdlin Shauki akan tampil dalam satu lagi rancangan realiti untuk cari bakat baru khas buat kaum wanita.

“Tonton Miss Lawak 2019 dan saksikan yg muka herot badan lonjong cuba mencari tempat dalam industry kita. Tahniah Astro Warna. Kecantikan di dalam sama penting dgn kecantikan di luar”

Afdlin Shauki popular menerusi filem, Soalnya Hati, Buli dan Buli Balik, Sumolah serta filem Papadom.

untuk pengetahuan, pada tarikh 26 September 2017, Afdlin Shauki telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada ketika itu, iaitu Sultan Ahmad Shah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here