Anak Ani Maiyuni jadi mangsa.. mulut disumbat dengan kain

Penyanyi dan pelakon Ani Maiyuni akhirnya bercerita tentang isu melibatkan anak perempuannya yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh.

Ani Maiyuni berkata dia akan mendedahkan bukti tentang kejadian berkenaan dan menuntut keadilan.

Dikatakan beberapa ibu bapa dan pelajar sekolah berkenaan turut tampil memberi kerjasama berkenaan kejadian yang menimpa anaknya, Wirda Viviana Zairi, 14 tahun.

Ini komen Ani Maiyuni:

“Sebenarnya berat hati ni nak bercerita tentang story ni…. bukan tak nak share ye… tapi bila kami dah serahkan perkara ni pada adik Ani.. dan adik Ani telah pun membuat laporan ke balai polis.

“Pihak polis juga telah banyak membantu…. serta kes ni juga adik Ani dah pun lanjutkan perkara ni kepada pihak2 yang sepatutnya.

“Kami memerlukan ruang terutama anak saya… insyaALLAH bila datang kekuatan tu saya akan share beserta bukti.

“Ada juga ibu bapa yg turut memberi kerjasama dan prihatin apabila mereka duduk dan bertanya pada anak mereka masing2 tentang kejadian tersebut dan anak mereka mengakui dan turut bersimpati atas apa yg telah berlaku pada anak saya.

“Mereka telah bercerita perkara yang sebenarnya pada ibu bapa mereka… itu yang memberi kekuatan buat kami untuk membuat laporan polis

Anak Ani Maiyuni iaitu Wirda didera sekumpulan pelajar senior hanya kerana enggan menceritakan hal peribadi.

Kejadian bermula apabila ada saudara yang melawat Wirda di sekolah berkenaan pada 28 Februari lalu. Kemudian sekumpulan pelajar senior mula datang nak tahu apa yang berlaku namun Wirda tak nak bercerita.

Mereka kemudian tidak berpuas hati sebelum menendang dan menumbuk bahagian pinggang anaknya selain menampar serta memukul dadanya.

Lebih pilu kata Ani, mulut Wirda disumbat dengan kain bagi mengelakkan jeritannya didengari oleh warden asrama.

Ani Maiyuni hanya mengetahui kejadian menimpa anak kesayangannya itu ketika bertemu dengannya pada 3 Mac lalu selepas menyedari perubahan sikapnya sebelum memujuk untuk menceritakan masalah dihadapinya.

Sebenarnya ibu ini berat hati untuk menceritakan hal menimpa anaknya itu namun berharap ia akan menjadi pengajaran dan beri kesedaran kepada masyarakat mengenai isu buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Selebriti ini telahpun buat laporan polis dan pihak polis untuk siasatan dan berharap keadilan untuk Wirda atas apa menimpanya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here