Terlalu Hiba: Ibu Pengsan Lihat Tiga Anak Lemas Diusung Polis

Suasana sayu telah menyelubungi Bilik Forensik, Hospital Dungun setelah kesemua tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah, akhirnya telah ditemui pagi tadi dan disahkan pergi buat selamanya.

Ahli keluarga, termasuk ibu bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42 tahun, dan Nur Syahida Abdullah, 36 tahun, yang hadir menunggu proses bedah siasat selesai, kelihatan cukup pilu dan sedih dengan tragedi berkenaan. Kehilangan tiga orang anak memang satu dugaan yang amat berat.

Ibu mangsa iaitu Nur Syahida telah pengsan beberapa kali sebaik melihat mayat ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mayat Nurain Salsabila Zawawi, 6 tahun, telah ditemui kira-kira jam 9.40 pagi kira-kira 1km dari darat.

Mayat Nurain Sofia Zawawi, 8 tahun, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.48 pagi tadi dalam jarak lima kilometer (km) dari tempat kejadian.

Dan akhir sekali, mayat kakak mangsa, Nurain Fatma, 10 tahun, pula ditemui penduduk Kampung dalam jarak 5km dari lokasi kejadian pada jam 11.03 pagi.

Ini komen pihak polis:

“Semua mayat tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Dungun, untuk siasatan lanjut.

“Sebaik selesai proses bedah siasat, semua jenazah berkenaan akan dibawa pulang ke Kampung nenek mangsa di Rantau Panjang, Kelantan, untuk dikebumikan,”

Katanya, operasi SAR yang disambung pada jam 7.30 pagi tadi membabitkan seramai 73 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia serta penduduk Kampung.

“Dengan penemuan kesemua mayat mangsa, kita menutup Bilik Gerakan Operasi,” katanya.

Sementara itu, baap kepada mangsa tiga beradik itu iaitu Zawawi berkata, walaupun teramat sedih, beliau bersyukur semua mayat kesemua anaknya sudah dijumpai.

Takziah diucapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here