“Berhijab kerana Allah bukan kerana trend” – Kontroversi buka tudung, ini pesanan pemilik Imanis Hijab

Assalamualaikum semua, sekarang ni memang macam-macam isu yang melibatkan wanita bertudung tiba-tiba dah tampil tidak bertudung lagi.

Ini ekoran kes melibatkan beberapa pelakon yang secara mengejut tampil dengan imej tidak lagi menutup aurat.

Sebenarnya, memang senang nak berubah akan tetapi memang agak susah untuk seseorang itu istiqamah dan mengekalkan penghijrahan itu.

Itulah yang diungkapkan oleh pemilik jena tudung Imanis Hijab. Katanya lagi, seseorang yang ingin berubah hendaklah menerapkan keikhlasan untuk menutup aurat dengan mematuhi syariat.

Ini antara komennya:

“Kena terapkan niat untuk berhijab biarlah betul dan dilakukan kerana Allah, dan bukannya kerana mengikut trend semata-mata”

“Berhijab ni bukan hanya menutup rambut semata, sebaiknya menjaga perbuatan dan hati… barulah kelihatan cantik luaran dan dalamannya. Hijab itu indah”

Untuk menguatkan lagi pendirian dan kekuatan dalam diri masing-masing, muslimah semua kena rajin untuk mendekatkan diri dengan Allah dan bergaul dengan mereka yang dapat membimbing kita.

“Hadiri program keagamaan dan kenalah bergaul dengan mereka yang baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada kita”

“Dan apabila datang ke program agama hendaklah niat untuk belajar dan memberi inspirasi kepada kita untuk terus kuat”

Antara perkara yang boleh kita buat adalah dengan menyertai program keagamaan yang dianjurkan.

Ok berbicara lanjut tentang program keagamaan, ini satu berita baik buat semua wanita terutama yang berada di negeri Terengganu Darul Iman.

Akan diadakan satu program yang best iaitu TERENGGANU HIJAB DAY 2019.

Event ini akan diadakan pada petang Jumaat bertarikh 1 Februari 2019 bertempat di Pantai Batu Buruk.

Ini detail tentang event ini:

TERENGGANU HIJAB DAY
Tarikh: 1 FEBRUARY 2019
Jam: 3 pm
Tempat: Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Kepada semua gadis, perempuan dan wanita yang nak turut serta, mari kita meramaikan event berkenaan. InsyaAllah kita jumpa di Pantai Batu Buruk, 1 Februari 2019 jam 3 petang.

Misi adalah untuk menggalakkan lebih ramai wanita muslimah untuk memakai tudung dan mematuhi syariat.

Jadi program ni dapat lah kita untuk menimba ilmu selain menyertai pelbagai acara yang telah diaturkan.

Ini posternya:

Dalam pada itu, event ni akan ada banyak program yang best dan menarik.

Antaranya, akan ada cabutan bertuah tudung percuma buat mereka hadir ke sana.

Acara ini akan dibuat oleh jenama tudung popular tanah air iaitu Imanis Hijab.

Berita baik juga, kepada yang benar-benar bertuah, pihak Imanis Hijab akan beri tajaan tudung sempena Hari raya untuk tahun 2019. Wah memang beraya sakan la siapa yang bertuah tu.

Kalau kalian nak, marilah ke Dataran Batu Buruk sekitar jam 5pm.

Ini detail untuk program dari Imanis Hijab:

CABUTAN BERTUAH / TAJAAN TUDUNG RAYA
Sempena Terengganu Hijab Day
Tempat: Dataran Batu Burok
Jam: 5 pm ~ 6.45 pm

Ini antara foto tudung dari IMANIS HIJAB. Memang cantik dan paling penting patuh syariah.

Allah SWT Berfirman: “Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yg demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Qs. Al-Ahzab:59

Ayuh bersama-sama kita turun sempena Terengganu Hijab Day 2019 di Pantai Batu Buruk pada 1 Februari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here