“Saya amat cintainya..” ~ Wanita jatuh cinta dengan pesawat, dedah pesawat itu kekasihnya

Ini satu lagi kes pelik tentang hubungan cinta. Kalau sebelum ini ada yang bercinta dengan selimut, patung dan bantal sendiri, kini ada satu lagi kes percintaan yang agak rare.

Seorang wanita telah membuat pendedahan bahawa dirinya sedang bercinta dengan sebuah kapal terbang atau pesawat.

Wanita it telah mendedahkan teman lelakinya adalah pesawat yang ditemuinya di sebuah lapangan terbang lima tahun lalu.

Michele Kobke dari Berlin, Jerman, menggelarkan pasangannya yang merupakan pesawat Boeing 737-800 sebagai ‘Schatz’.

Menurutnya, dia amat tertarik dan jatuh hati dengan Schatz terutama di bahagian sayap pesawat itu.

Wanita yang berusia 29 tahun itu mendakwa tidur bersama ‘kesayangan’ setiap malam, sama ada dengan komponen sebenar atau model replika bersaiz 1.6 meter.

Malah, dia memberitahu keluarganya juga telah merestui perhubungan mereka berdua.

Michele berkata, dia jatuh cinta dengan pesawat itu buat kali pertama ketika ‘bertemu dengannya’ di Lapangan Terbang Tegel di Berlin dan selepas hampir lima tahun bersama, mereka merancang untuk berkahwin.

Ini komen Michele:

“Kali terakhir saya menjalinkan hubungan adalah bersama seorang lelaki pada 2011 tetapi tidak ada rasa cinta,”

“Schatz adalah cinta pertama saya. Ini adalah hubungan yang paling indah yang boleh anda bayangkan,”

Menurut Michele, penerbangan pertamanya adalah pada akhir November 2013 dan sejak itu dia begitu berminat dengan kapal terbang.

Dia juga teruja setiap kali melihat gambar dan video kapal terbang.

“Pada 11 Mac 2014, saya berada di Lapangan Terbang Tegel dan melawat kapal terbang dan kemudian datang pesawat 737-800 ‘menghampiri’ saya, dan saya amat mencintainya sejak itu.

“Schatz sangat bagus dan saya suka aerodinamik dan penampilannya, terutama sayap dan permukaan sokongannya. Saya sayangkannya,”

“Oleh kerana ini hubungan jarak jauh, ini satu kekurangan, saya hanya boleh bersama ketika terbang bersamanya”

“Keluarga saya memberi reaksi yang menyenankan dan menerima hubungan kami”

“Saya ada menerima banyak komen dan meminta saya untuk pergi terapi, tetapi saya tak sakit, dan cinta itu memang ada, saya bahagia”

Itulah kata-kata dari Michele tentang kekasihnya. Sehingga kini tidak diketahui bagaimana dan bola mereka akan berkahwin.

Sumber – Mirror UK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here