Saman Mandatori RM300 Serta Merta Jika Langgar Enam Kesalahan Jalan Raya Ini

Ini sedikit info tentang kesalahan jalan raya yang sering dilakukan pengguna yang tak berhemah.

Pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina ini akan dikenakan saman maksimum RM300 serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saman mandatori itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini dan ianya amat sesuai untuk memastikan pengguna semua patuh dengan peraturan.

Enam kesalahan utama tersebut ialah:

1) memandu di lorong kecemasan
2) memotong di garis berkembar
3) menggunakan telefon bimbit semasa memandu
4) potong barisan
5) melanggar lampu isyarat
6) memandu melebihi had laju

Dalam pada itu, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini iaitu laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3

Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan.

Selain itu, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.

Kepada semua pengguna jalan raya, bawalah kereta dengan berhati-hati.

Jangan salahkan orang lain kalau kena saman nanti, semua silap sendiri yang tak suka ikut peraturan.

Ikutkan hati, langgar peraturan, bawa laju macam apa, binasa nanti. Ingatlah orang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here