Jururawat dibunuh: dua suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan

Ini laporan berkaitan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang sebelum ini dilaporkan hilang. Siti Kharina kini telah ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di sebuah kondominium di Cyberjaya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Menurut Noor Azam, polis sedang menyiasat motif pembunuhan.

Beliau turut memberitahu, dua suspek masing-masing warga Nigeria dan Pakistan telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.

Ini komen polis:

“Suspek pertama wanita warga Nigeria ditahan dalam satu serbuan di Taman Damai Indah Cheras kira kira jam 3 pagi tadi

“Manakala suspek kedua lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Rampai Setapak pada hari yang sama,”

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun, polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan.

Untuk pengetahuan, padi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penemuan mayat itu dan berkata sidang media mengenai perkara itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang Khamis.

Difahamkan penemuan mayat itu ada kaitan dengan kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilapor hilang, sejak seminggu lepas.

Kali terakhir mangsa dilihat di kawasan parkir Hospital berkenaan kira kira jam 4 petang pada 8 Mei lalu.

Usaha keluarga dan rakan serumah mangsa cuba mengesan manga menemui jalan buntu. Mangsa dikatakan telah bertugas di hospital berkenaan sejak lima tahun lalu dan tinggal berjauhan dari suami serta tiga anaknya di Kuala Pilah.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Mantin Negeri Sembilan selepas solat Asar hari ini.

Sumber: AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here