Ini Komen Lee Chong Wei Tentang Keadaan Terkininya

Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei telah disahkan menghidap penyakit kanser hidung dan sedang menerima rawatan. Sebagai pemain nombor satu negara, Lee Chong Wei bertekad untuk kembali pulih dan terus masuk ke gelanggang.

Walaupun banyak atlet tidak berharap untuk muncul semula dalam keadaan sedemikian, pemain berusia 35 tahun itu tetap mahu terus bermain secara kompetitif bertanding di gelangggang.

Ini komen Datuk Lee Chong Wei: “Tunggu saya. Saya akan kembali ke gelanggang. Jangan lupakan saya lagi, saya masih di sini, Saya akan kembali segera. Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada saya sepanjang tempoh rawatan saya selama dua bulan. Saya akan berkata lebih lanjut apabila kembali nanti,”

Datuk Lee Chong Wei berkata sedemikian dalam satu mesej pesanan suara dari Taiwan yang mana beliau berada di sana untuk menjalani rawatan penyakitnya itu.

Beliau berada di Taiwan ditemani isterinya, Datin Wong Mew Choo serta dua anak mereka, Kingston dan Terrance sejak Julai lalu. Lee Chong Wei yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dijangka pulang ke Malaysia pada akhir bulan ini.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan penyakit yang dihidap Chong Wei dalam satu kenyataan pada Sabtu. Ia susulan satu posting di media sosial pada Jumaat yang mendakwa Chong Wei menghidap kanser hidung.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria meminta semua pihak supaya memberi ruang dan ketenangan kepada Chong Wei untuk pulih. Pada Julai lalu BAM mengeluarkan kenyataan bahawa Chong Wei berehat daripada sebarang beraksi kerana mengalami gangguan pernafasan.

Semoga Datuk Lee Chong Wei kembali sihat sepenuhnya, rakyat Malaysia akan sentiasa bersamanya dan menyokongnya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here