Ibu sahkan Mohd Haziq masih hilang sejak serangan masjid di New Zealand

Seorang remaja yang merupakan rakyat Malaysia masih lagi hilang/

Perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada Mohd Haziq, 17 tahun, yang masih lagi hilang dan tak berjaya ditemui sejak kejadian tembakan pengganas di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Ibu Mohd Haziq sudahpun dipanggil oleh pihak polis untuk membuat pengecaman ke atas beberapa mayat yang baru ditemui sebagai prosedur mencari orang hilang.

Namun, sehingga kini, ianya masih lagi menemui jalan buntu. Ibu kepada Haziq iaitu Marina Hamzah, 46 tahun, sudah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis New Zealand bagi memudahkan usaha mengesan remaja berkenaan dibuat.

Dalam kejadian itu, Mohd Haziq mengikut bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, ke masjid pada hari kejadian sebelum hilang sebaik kejadian tembakan berlaku.

Mohd Tarmizi telah tercedera ditembak namun anaknya Mohd haziq telah hilang.

Kakak ipar kepada Marina, Zarina Shuib, 52 tahun, berkata dia diberitahu adik iparnya itu ada membuat pengecaman mayat yang baru ditemui, kelmarin tetapi pihaknya tiada maklumat terbaharu.

Ini komen keluarga Haziq:

“Setakat ini, kami masih belum dimaklumkan mengenainya. Justeru, kami sekeluarga terus berdoa supaya Haziq ditemui segera walau apa jua sekali pun kerana tragedi itu sudah masuk empat hari tetapi keadaannya masih tidak diketahui sampai sekarang,”

Menurut Zarina, keluarga masih belum menerima apa-apa WhatsApp daripada adik ipar itu tentang keadaan terbaru dari mereka.

“Namun, kami akan terus menunggu khabar selanjutnya daripada mereka dan berharap semuanya dalam keadaan baik,”

Zarina berkata, ahli keluarganya terus berdoa dan membaca surah Yasin selain melakukan solat hajat supaya Mohd Haziq segera ditemui selain keadaan kesihatan Mohd Tarmizi kembali pulih.

Selain itu katanya, mereka juga akan berdoa supaya adiknya Mariani, 49, dan dua ahli keluarga yang pergi ke Christchurch, semalam supaya selamat pergi dan pulang.

“Kami sekeluarga juga berharap Haziq ditemui selamat walaupun tiada sebarang khabar berita, setakat ini,” 

Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai 50 orang yang sedang menunaikan solat di dua masjid di Christchurch, New Zealand menjadi korban selepas ditembak secara oleh pengganas.

Selain Mohd Tarmizi, dua mangsa yang cedera ialah Rahimi Ahmad, 39 tahun, dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 tahun, antara mangsa yang cedera dan kini sedang dirawat di hospital.

Sama-sama kita doakan agar Mohd Haziq ditemui.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here