Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Jawab Cabaran Suhaimi Saad Tentang Bumi Sfera

Semalam bekas ahli kumpulan InTeam iaitu Suhaimi Saad telah menulis satu status di laman FB yang mana dia telah mencabar angkasawan negara tentang bumi itu sfera.

Pagi ini, (Jumaat 15/2/2019) angkasawan negara yang pertama iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar akhirnya telah terpanggil untuk menulis pandangannya tentang isu berkenaan.

Dr Sheikh Muszaphar telah memberi respon dan mengesahkan bahawa buki itu berbentuk sfera dan bukannya rata, leper atau flat.

Ini komen Dr Sheikh Muszaphar:

Pic – Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas …
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri
Degupan jantung berhenti seketika
Meremang Bulu Roma
Mata tidak terkebil
Melihat Kebesaran Maha Pencipta
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah …SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator .
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts!

Itulah respon balas dari Dr Sheikh Muszaphar kepada Suhaimi Saad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here