Abang botak kena penjara setahun… Akhirnya dia dedah punca hentak cermin kereta berkenaan

Abang Botak yang viral baru-baru ini telahpun mengaku salah dan akhirnya dikenakan hukuman penjara 12 bulan bermula semalam.

Kes ini bermula apabila ada satu rakaman video berdurasi 3.01 minit yang tular semalam memaparkan dua lelaki menunggang dua motosikal sambil berbual di depan sebuah kereta.

Melihat kejadian itu, pemandu kereta itu membunyikan hon namun ianya membuatkan abang botak yang merupakan salah seorang penunggang motorsikal naik angin lalu mengehntak helmet ke cermin kereta.

Suspek itu merupakan seorang pembantu stor yang digelar ‘abang botak’ oleh netizen gara gara tersebarnya video berkenaan. Kini dia terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta.

Majistret, Nur Shahira Abdul Salim membuat keputusan itu terhadap abang botak itu atau nama sebenarnya Danial Abdullah Tan selepas menerima pengakuan salah tertuduh.

Hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh tangkap iaitu semalam.

Danial, mengaku melakukan khianat terhadap pemandu kereta Produa Alza milik Siew Chean Voon,58, dengan mengetuk kereta itu menggunakan topi keledar.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, di sini, jam 5.30 petang, Selasa lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketika ditanya oleh Majistret punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.

Ini jelas abang botak:

“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.

“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf,”

Terdahulu, peguam Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga.

“Kesalahan ini adalah kesalahan pertama dan tertuduh mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, kesalahan dilakukan Danial bukanlah dirancang tetapi spontan.

“Anak guam telah dikecam oleh masyarakat apabila kad pengenalan, alamat pekerjaan, alamat rumah tular di media sosial,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Kes pembuli jalanan ini kerap berlaku dan hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan,”

Sumber Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here