Memang melampau!! Abang ipar durjana, habis adik ipar jadi mangsa

Seorang lelaki yang bekerja sebagai ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah atas 20 pertuduhan termasuk kes jenayah mer0gol, melakukan hubungan luar tabii terhadap adik ipar dan menyimpan bahan aksi dan perbuatannya terhadap adik iparnya itu.

Jenayah melampau ini mula dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh kini berusia 30 tahun membuat pengakuan tak bersalah setelah semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Dari kertas pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh didakwa mer0gol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn Cheras, antara 22 September 2016 hingga 31 Disember 2016.

tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 2(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa atas lapan pertuduhan melakukan hubungan hubungan luar tabii terhadap mangsa di lokasi sama antara 24 September 2016 hingga 25 Februari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

lagi buat orang ramai berang dengan kes ini ialah apabila mengetahui bahawa tertuduh bakal menimang seorang lagi cahaya mata Jun depan. Maknanya isterinya sedang sarat mengandung.

Bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan kakak kandung mangsa yang turut terbabit dalam kes ini, berkemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi-saksi.

Peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan diberikan dengan beberapa syarat termasuk melapor diri sebanyak dua kali sebulan di balai polis berhampiran, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta larangan daripada mahkamah supaya tertuduh tidak mengganggu saksi.

Ini penjelasannya:

“Tertuduh tidak akan mengganggu mangsa kerana mangsa tidak lagi tinggal di rumahnya dan tertuduh tidak mempunyai pengetahuan keberadaan mangsa. Tertuduh juga tidak mengetahui pihak-pihak yang akan menjadi saksi.

“Tertuduh adalah anak lelaki tunggal daripada tiga beradik itu juga perlu menanggung tiga anak dengan isterinya yang tidak bekerja serta kedua ibu bapanya”

Siti Noor Hafizan bagaimanapun membantah rayuan itu dan memberitahu bahawa isteri tertuduh juga adalah saksi dalam ini.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here